PELAKON Mia Ahmad tidak kisah sekiranya gaya penampilannya yang terkini dilabel sebagai tidak moden ataupun 'makcik-makcik' oleh segelintir pihak yang kurang senang dengan perubahannya. Mia atau Samihah Ahmad Baderi, 34, berkata, gaya pemakaiannya yang lebih sopan itu dilakukan kerana Allah SWT dan bukannya untuk bergaya semata-mata. "Bila orang cakap tudung labuh macam-makcik dan tak moden, maaf saya bergaya untuk Allah," katanya. Mia Ahmad kuatkan hati dengan kata-kata negatif orang. Mia berkata sedemikian menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Mia berkata, meskipun sedar ada segelintir pihak cuba menjatuhkan niat baiknya namun dia lebih mengetahui bahawa penampilan itu adalah terbaik buat dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut IG menurun ajar Mia Ahmad lebih selektif kongsi kandungan manfaat kepada pengikutnya ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bahagia kejar akhirat, Mia Ahmad seronok masuk kelas mengaji dengan suami... Mula dengan Iqra, syukur sudah pandai baca al-Quran "Ada yang cakap saya takkan istiqamah... ada yang cakap suami saya takkan sokong. Saya kuatkan hati sebab saya tahu ini yang terbaik. "Demi Allah saya tahu saya bukan orang baik. Saya ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik," ujarnya. Ada kata saya takkan istiqamah, saya kuatkan hati sebab ini terbaik. MIA AHMAD PELAKON Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi ini juga mengharap doa peminatnya untuk terus istiqamah dalam mengenakan pemakaian yang mengikut sunnah. "Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang bersama. Semoga Allah terus menjaga hati saya dan kita semua. Semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan," tambahnya. Mia Ahmad harapkan sokongan dan doa dari peminat. Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminatnya menyokong tindakan artis berkenaan sekaligus mendoakan yang terbaik buat pelakon itu. "Biar macam makcik janji aurat terjaga. "Kita berubah bukan kerana makhluk tapi kerana Allah. Semoga Mia terus istiqamah. "Tudung labuh kalau pandai bergaya, moden pun juga. Asalkan tutup aurat. Tutup lebih cantik dari terbuka," kata netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI