SERING menerima kecaman apabila tampil dengan produk baharu, selebriti dan usahawan Neelofa kali ini sudah bersedia apabila mengeluarkan minuman detoks jus nanas di bawah jenama Nilofa Plus. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata, menerusi produk terbaharu itu dia menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak yang arif tentang produk berkenaan memandang dirinya sendiri amat peka terhadap kandungan digunakan. “Selepas terkena beberapa kali, saya sekarang sudah bersedia. Untuk produk ini saya bekerjasama sejak awal lagi dengan beberapa orang yang arif tentang kandungan bahan selamat. “Saya sudah siapkan ‘senjata’ untuk menjawab jika ada sebarang masalah timbul. Neelofa amat mementingkan kandungan bahan dalam penghasilan produk. "Mungkin saya bukanlah orang terbaik untuk memberitahu hal sebenar, namun mereka yang pakar inilah dapat menjelaskan segala kekeliruan,” katanya kepada mStar. Neelofa ditemui ketika sidang media pelancaran produk tersebut yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa lalu. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tunggu sikit lagi, Neelofa akan dedah wajah Bilal... biarlah ia berlaku secara semula jadi ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Akhirnya kekeliruan isu inai terjawab... Neelofa undang profesor, ulas kontroversi tak sah solat Dalam masa sama, Neelofa memberitahu penglibatan beberapa pihak dalam penghasilan produk ini membuatkan dia merasa senang hati apabila ia mula dipasarkan. “Saya sangat pentingkan kandungan bahan sesuatu produk, jadi bukan mudah untuk menghasilkan minuman ini kerana pasti ada ada sahaja pihak mencari kesalahan. Mungkin saya bukanlah orang terbaik untuk memberitahu hal sebenar, namun mereka yang pakar inilah dapat menjelaskan segala kekeliruan. NEELOFA SELEBRITI/USAHAWAN “Pada awalnya saya sendiri merasa tidak yakin sehinggalah saya berjumpa dengan orang-orang yang pakar untuk pastikan ia betul-betul selamat. “Saya boleh tidur lena selepas orang mula ambil produk ini nanti kerana saya sudah pastikan tiada risiko untuk orang boleh cari masalah,” jelasnya. Sementara itu Neelofa juga menjelaskan penghasilan produk ini bukanlah satu bentuk persaingan dengan mana-mana usahawan yang terlebih dahulu muncul dengan minuman kesihatan sebegini. Neelofa bersama rakan kongsi dalam perniagaan Nilofa Plus. Katanya, produk ini sebaliknya sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan memandangkan ramai berdepan masalah pencernaan. “Persaingan bukanlah satu perkara yang perlu saya takut kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri. Kemunculan banyak produk sama boleh mewujudkan persaingan sihat dan saya sendiri dapat belajar sesuatu daripada mereka. “Produk yang saya hasil ini dapat bantu orang yang mengalami masalah pencernaan memandangkan menu masakan di Malaysia ini kebanyakannya mengandungi banyak lemak,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI