suria

[VIDEO] “Jika dengki dengan saya itu masalah dia!” - Anna Jobling kesal rakan artis burukkan nama, siap sindir di media sosial

PELAKON Anna Jobling meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui dirinya menjadi bahan sindiran rakan artis yang pernah berkerjasama dengannya, baru-baru ini.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, mengakui kesal dengan tindakan individu berkenaan kerana tidak berterus terang sebaliknya menulis menerusi sosial media.

"Saya sangat terkejut sebab tak sangka orang akan perli saya. Saya sangat kecewa sebenarnya apabila kita baik dengan seseorang benda macam ini berlaku, rasa macam saya buat apa sebenarnya.

Anna Jobling malas ambil pusing kata sindiran.

"Kenapa tak berterus terang dengan saya kenapa buat dekat sosial media. Tapi saya tak boleh buat apa!" katanya kepada mStar.

Anna mengulas perkara berkenaan ketika ditemui di pementasan teater Maduku Terpaling Kalut arahan Azhar Zainal bertempat di Nero Event Space PJPAC pada Khamis.

Ditanya adakah dia bersedia untuk bekerjasama dengan pelakon berkenaan, Anna berkata dia memilih untuk tidak bersemuka dengan individu bbuat masa ini memandangkan perselisihan faham itu bukan berpunca daripada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keterbukaan peminat Indonesia bukan tiket cipta kontroversi, Anna Jobling tetap pegang pesanan ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling minta cuba sendiri sebelum kecam, Tya Arifin edar 10,000 pek percuma jamu

"Saya takkan merendah diri ke tahap itu, saya akan terus bekerja kuat, berfikiran positif dan sibuk dengan hal sendiri. Semakin anda dengki dengan orang, semakin sikit rezeki anda!

"Kalau saya jumpa dengan dia selepas ini, saya akan tetap menjadi diri sendiri. Jika dengki dengan saya itu masalah dia bukan masalah saya.

"Saya ada peminat yang tidak lelah menyokong saya. Saya akan jadi profesional, saya tidak akan buat apa-apa," ujarnya.

Jika dengki dengan saya itu masalah dia. Saya akan jadi profesional.

ANNA JOBLING

PELAKON

Dalam pada itu, Anna juga memaklumkan bahawa dia mengetahui mengenai perkara itu daripada peminatnya namun tidak mahu ambil pusing isu berkenaan.

"Saya sedar perkara ini daripada peminat, Saya tak kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau saya. Buat apa nak dengki dengan orang.

Anna Jobling bersama barisan pelakon pementasan teater Maduku Terpaling Kalut.

"Rezeki tak salah alamat. Saya percaya rezeki masing-masing," ujarnya.

Selain Anna, pementasan teater Maduku Terpaling Kalut turut menampilkan barisan pelakon seperti Puteri Sarah, Azrel Ismail, Syafiq Naser, Aya Amiruddin, Curly Jow dan Yatt Zayden.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain