SELEPAS tiga minggu melahirkan anak kedua, pengacara Jihan Muse akhirnya mendedahkan nama, jantina dan wajah bayinya itu. Jihan serta suaminya iaitu Ungku Hariz sepakat memilih nama Ungku Altamis Barr khas buat putera keduanya itu "Assalamualikum... Izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Hariz Faizal," katanya. Jihan dan suami sepakat dedah wajah anak selepas tiga minggu. Pasangan ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram pada Jumaat. Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa selamat melahirkan anak keduanya itu di sebuah pusat perubatan swasta pada 6 September lalu. Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan artis turut meluahkan rasa teruja dengan perkongsian pasangan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse selamat melahirkan anak kedua, Elly Mazlein ganti tugas sebagai hos Gegar Vaganza musim ke-9 ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse hamil enam bulan, dapat tahu mengandung anak kedua ketika dijangkiti Covid-19 "Tahniah Jihan, dua-dua hero rupanya. "Assalammualaikum Ungku Altamis Barr!!! Nama yang penuh bermakna. Moga membesar menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa. "Tahniah Jihan, selamat berpantang," kata netizen. Jihan dan Hariz bersama anak sulung mereka. Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 29 Mac 2016. Mereka dikurniakan anak lelaki sulung bernama Ungku Arsalan Haq yang telah berusia empat tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI