suria

Terlalu fokus persembahan sampai terlepas pandang baju seksi… Dolla mohon maaf, lebih berhati-hati soal pemakaian

Dolla akui kesilapan akan lebih berhati-hati selepas ini.

SELEPAS dikecam hebat netizen gara-gara berpakaian seksi ketika menjayakan satu persembahan pentas baru-baru ini, akhirnya kumpulan Dolla tampil membuat permohonan maaf.

Salah seorang ahli kumpulan yang mewakili Dolla iaitu Sabronzo mengakui terlepas pandang berhubung pemilihan pakaian mereka sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

“Itu pertama kali kami dijemput untuk acara berkenaan. Mungkin terlalu fokus kepada persembahan membuatkan kami terlepas pandang hal lain termasuk pakaian.

Dolla akui kesilapan akan perbaiki untuk jadi lebih baik.

“Mewakili Dolla, kami akui kesilapan tersebut. Kami mohon maaf dan akan memperbaiki untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” katanya kepada mStar.

Dolla ditemui ketika pelancaran lagu duet terbaharu mereka bersama Naim Daniel berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat.

Dalam masa masa, mereka juga akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian dalam mana-mana persembahan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: “CL pun pakai jaket labuh”... Dolla kunci mulut isu berpakaian seksi, pihak pengurusan akan buat kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau body shaming, pemuda ini ligat menari sebaik diajak naik pentas... dah boleh jadi ahli ke-5 Dolla

“Setiap penampilan kami akan berbincang dengan penata gaya dan pihak pengurusan. Jadi selepas ini kami akan lebih berhati-hati.

“Apa yang berlaku juga menjadi satu pengajaran buat kami semua. Kami akan cari jalan terbaik untuk memperbaiki segalanya,” jelasnya.

Selain Sabronzo, Dolla juga dianggotai oleh Tabby, Angel dan Syasya.

Apa yang berlaku jadi pengajaran buat kami semua.

DOLLA

PENYANYI

Dolla sebelum ini menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen selepas membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender minggu lalu.

Pada persembahan itu, Dolla dikritik kerana didakwa terlalu berani tampil dengan gaya mencolok mata.

Malah imej mereka juga dikatakan lebih seksi berbanding penyanyi Kpop, CL daripada kumpulan 2NE1.

Ini bukanlah kali pertama Dolla dikecam berhubung isu pakaian seksi ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain