suria

“Ramai tawar diri nak jadi kekasih”... Hafiz Hamidun dah ada teman istimewa, beri bayangan wanita seberang

Hafiz sedia tamatkan zaman duda.

SELEPAS lebih lima tahun bergelar duda, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun mengakui dirinya kini sedang mengenali seseorang wanita dengan lebih rapat lagi.

Enggan mendedahkan identiti wanita berkenaan, Hafiz atau nama sebenarnya, 38, bagaimanapun memberi bayangan individu itu berasal dari negara seberang, Indonesia.

"Status sekarang sedang berteman. Mungkin jodoh saya bukan di sini, tetapi di luar negara," katanya kepada mStar.

hafiz hamidun 2

Hafiz beri bayangan kekasih baharu asal Indonesia.

Hafiz ditemui ketika majlis pertunjukkan fesyen koleksi pakaian muslimah di bawah jenama Munawwareen yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Meskipun ramai yang cuba mendekatinya sebelum ini, Hafiz tidak mahu memilih jalan mudah untuk mendekati mana-mana wanita, lebih-lebih lagi selepas berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini.

Dalam pada itu, Hafiz juga berkata dia mahu mengenali hati budi seseorang itu dengan lebih mendalam sebelum serius melangkah ke fasa perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun dedah hubungan dengan instafamous berstatus janda berakhir, jarak dan komunikasi jadi halangan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Hubungan Kelamin Dengan Joy Revfa - Hafiz Hamidun

"Ramai yang tawar diri nak jadi kekasih melalui direct message (DM) di Instagram. Tetapi kalau tak kenal, tak mungkin saya akan terima begitu sahaja.

"Untuk memilih pasangan, perlulah kenal hati budi seseorang itu dengan lebih dekat. Nak cari isteri bukan seperti beli barang di pasaraya," ujarnya.

Ditanya tentang persediaan untuk kembali mendirikan rumah tangga, Hafiz tidak meletakkan sebarang harapan dan hanya berserah ketentuan Allah.

Nak cari isteri bukan seperti beli barang di pasaraya

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI/KOMPOSER

"Saya sendiri sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun jika ada jodoh maka ia pasti akan terjadi.

"Sekarang ini biarlah sekadar berkawan dahulu," jelasnya.

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan yang dikenali sebagai Joy Revfa pada 1 Mei 2017.

hafiz hamidun 3

Rumah tangga Hafiz dan Joy hanya bertahan selama lima bulan.

Hubungan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama lima bulan selepas Hafiz meragui status cerai bekas isterinya itu dengan suami terdahulu.

Sekitar tahun 2021, Hafiz dikatakan rapat dengan seorang Instafamous berstatus janda dari Indonesia namun hubungan mereka juga tidak bertahan lama disebabkan faktor jarak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain