IBU kepada pelakon Memey Suhaiza iaitu Norlela Abdul Rahman mula memberikan reaksi positif selepas dikejarkan ke zon merah Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (HSI) pada Jumaat lalu. Memey atau Suhaiza Suhaimi, 34, memaklumkan mereka sekeluarga berasa lega apabila ibu tersayang mula menunjukkan tindak balas meskipun masih berada dalam keadaan lemah. "Mak dah boleh respon, dah ada progress baik. Nampak mak happy apabila semua anak-anak ada depan mata. Ibu Memey Suhaiza masuk zon merah. "Walaupun masih lemah, sesekali mak tersenyum dengar apa yang kami borak. Mengalir air mata kami apabila masing-masing cuba bercakap bagi kekuatan pada mak," katanya. Memey berkata demikian menerusi Instagram miliknya pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja kereta warna sama, Abby Abadi dedah kongsi ‘taste’ dengan Memey Suhaiza - “Suka pakai baju sama patern, sama warna!” ARTIKEL BERKAITAN: Memey Suhaiza 'hint' Norman Hakim, luah hasrat tambah tiga anak sebelum umur 40 tahun Isteri kepada pelakon Norman Hakim ini turut meluahkan rasa syukur apabila ibunya sudah melepasi saat mencemaskan sekaligus berterima kasih kepada netizen yang mendoakan kesihatan buat ibunya. "Syukur dan lega sangat bila dah melepasi fasa membimbangkan. Terima kasih banyak semua. Maaf Mummy tak sempat balas semua komen dan WhatsAppa tapi saya hargai sangat. "Semoga Allah balas dengan segala kebaikan. Semoga mak terus kuaat dan kembali sihat seperti biasa," katanya. Memey bersyukur ibu berjaya lepasi fasa membimbangkan. Terdahulu, Memey memohon doa pengikutnya selepas wanita itu dikejarkan ke hospital namun tidak dinyatakan punca ibunya jatuh sakit. "Di hari yang penuh keberkatan ini mummy nak minta tolong mohon doakan mak mummy Norlela Abdul Rahman diberi kekuatan dan kesembuhan. "Mak ditempatkan di zon merah sebab dalam keadaan yang sedang lemah di HSI. Terima kasih banyak buat semua yang sudi doakan baik-baik," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI