PENYANYI Jacyln Victor mendedahkan mempunyai masalah hidung bengkok yang memberi kesan kepada suara dan nyanyiannya. Jac atau Jacyln Joshuar Thanaraj Victor, 44, berkata sejak kebelakangan ini hidungnya menjadi terlalu sensitif kepada persekitaran. "Hidung saya memang terlalu bengkok tetapi selama ini tidak mempunyai masalah. "Bila saya membuat pemeriksaan, doktor memberitahu hidung saya terlalu sensitif kepada persekitaran seperti asap rokok, vape, habuk dan tidak boleh sejuk," katanya kepada mStar. Jac ditemui di sidang media minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Jac mara berjaya ke pusingan seterusnya di dalam program GV9. ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor tidak dijanjikan gelaran juara, Astro jawab isu penyertaan ramai penyanyi masih aktif dalam GV9 ARTIKEL BERKAITAN: Tomok gerun dengan Jaclyn Victor, anggap pesaing paling sengit dalam GV9 Menurut Jac, masalah hidungnya itu semakin teruk lebih-lebih lagi ketika dia berada di tempat sejuk. Selepas membuat pemeriksaan, masalah sinus dihidapi olehnya menjadi semakin teruk hingga menghimpit bahagian tepi hidung. "Bila saya berada di tempat yang sejuk, sinus itu akan menjadi kembang dan membuatkan ia makin terhimpit. "Saya tidak selesema, tetapi memang suara saya kedengaran seperti sedang mengalami selesema," jelasnya. Penyanyi ini perlu menjalani pembedahan untuk merawat masalah sinus. Sementara itu, Jac berkongsi doktor telah memberikan ubat-ubatan dan menasihatinya untuk berjumpa pakar bedah bagi mendapatkan rawatan seterusnya. "Doktor menjelaskan tempoh sembuh selepas pembedahan mungkin memakan masa sehingga tiga minggu. "Apa-apa pun saya perlu berjumpa dengan pakar bedah untuk berbincang. Tapi, kalau tempoh penyembuhan mengambil masa selama tiga minggu takut juga tu," tambahnya. Untuk info, Datuk Shafinaz Selamat pernah beberapa kali memberi komen terhadap lontaran suara Jac yang dikatakan mempunyai masalah kerana masalah yang dihadapinya itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI