suria

Enggan masuk hospital, Yana Samsudin sayu dengar alasan bapa... “Mungkin abah tahu dia nak pergi?”

Yana Samsudin tidak kuat lihat keadaan bapa di hospital.

EKORAN tahap kesihatan yang menurun, bapa pelakon Yana Samsudin dimasukkan ke hospital bagi memantau keadaannya meskipun warga emas itu enggan berbuat demikian.

Yana atau Norliana Samsudin, 38, berkata, bapanya, Samsudin Jamuri tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital kerana tidak mahu terlepas melakukan ibadah berjemaah bersama keluarga di rumah.

Namun kata Yana, demi kebaikan bapanya, dia terpaksa juga menghantar bapanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Abah sedih saya bawa dia ke hospital sebab katanya dekat sini tak dapat pergi solat Jumaat, tak dapat solat berjemaah lima waktu di rumah.

310994974_543129364479001_5970195429772586450_n

Bapa Yana Samsudin dimasukkan ke hospital.

"Dia suka jadi imam lebih-lebih lagi bersama ibu, anak-anak dan cucu-cucunya yang berkumpul di rumah.

"Saya sedih, bukan paksa dia ke sini nak halang buat ibadah tetapi demi memantau tahap kesihatannya. Mungkin dia tahu dia nak pergi? Sejak bulan September dia asyik tanya tarikh dan hari apa. Semuanya Allah maha mengetahui," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin muntah-muntah selepas FB Live, suami syak hamil anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Level-level otai! Diam-diam dah 2 tahun Yana Samsudin jadi ‘streamer’, antara wanita terawal terjun dunia eSport

Yana berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Yana memberitahu sebagai seorang anak dia tidak kuat melihat keadaan bapanya tetapi cuba berlapang dada dengan ujian melanda mereka sekeluarga ketika ini.

Abah sedih Yana bawa dia ke hospital. Dia kata dekat sini tak dapat pergi solat Jumaat.

YANA SAMSUDIN

PELAKON

"Setiap kali saya sakit atau berasa sedih, jarang sekali saya beritahu orang sebab memang tak suka, tetapi hari ini saya tak kuat, terlalu sedih.

"Saya cuba menerima kenyataan memohon pertolongan dari Allah dan doa daripada orang ramai, menjaga hati agat sentiasa dalam keredaan-Nya. Menyiapkan diri dan persiapkan diri.

"Anak abah ini tewas. Semoga kami sekeluarga semua kuat, Insya Allah. Terima kasih atas pinjaman setakat ini, segala-galanya Allah. Alhamdulillah," tulisnya lagi.

Yana cuba berlapang dada tentang kesihatan bapa.

Menerusi hantaran sama, Yana turut mengharapkan doa daripada pengikutnya agar bapanya diberikan kesembuhan.

"Hari Jumaat yang berkah ini saya dengan tanpa rasa malu mohon doa kalian, sesiapa yang nampak hantaran ini untuk bapa saya Haji Samsudin Haji Jamuri supaya dipermudahkan segala urusannya dunia akhirat.

"Mohon ampun jika ada kesalahan yang pernah dibuat sama ada sengaja atau pun tidak sengaja. Saya sedar dalam dunia ini semua pinjaman Allah, sampai masa bila-bila Allah boleh ambil semula," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain