suria

Dituduh ‘scammer’ gara-gara bisnes didakwa tiada produk, Riz Amin tak patah semangat bantu usahawan baharu 

Ada yang salah anggap Riz sebagai seorang scammer.

SEBAGAI seorang selebriti yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan, pelakon Riz Amin tidak terlepas daripada kecaman segelintir pihak sehingga ada melabel dirinya seorang 'scammer'.

Pun begitu menurut pemilik nama sebenar Norizam Amin Nordin, 37, kata-kata sedemikian tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus membantu melahirkan lebih ramai usahawan baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia.

"Pernah ada mengatakan saya ini seorang scammer tapi mereka yang bercakap itu tanpa sebarang usul periksa.

"Biasalah apa sahaja yang kita buat pasti akan ada yang mengata apatah lagi status sebagai seorang selebriti melibatkan diri dalam perniagaan," katanya kepada mStar.

riz amin 2

Riz masih aktif dalam dunia lakonan.

Riz ditemui ketika majlis pratonton filem terbaharu lakonannya berjudul Seratus yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Riz menjelaskan perniagaan dijalankan bukanlah melibatkan pelaburan saham atau kewangan sebaliknya mempunyai produknya kecantikan dan nutrisi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sharul Kamal bersuara tuntut hak sebagai pelakon utama, lega salah faham dengan produksi filem ‘Seratus’ selesai

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fauzi Nawawi tidak merajuk, bawa diri untuk bertenang... “Itu kecaman paling teruk sepanjang 25 tahun dalam industri”

Bagaimanapun, dia dilihat jarang berkongsi mengenai produk tersebut kerana tugasnya adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan.

"Ada sangka saya jalankan perniagaan main saham tapi sebenarnya saya ada produk sendiri. Cumanya dalam perniagaan ini tugas saya untuk melahirkan lebih ramai usahawan.

"Sebab itu saya jarang kongsi tentang produk... biarlah apa orang nak kata. Ia tak pernah patahkan semangat saya untuk terus bantu usahawan baru," ujarnya.

Biarlah apa sahaja orang nak kata. Ia tidak pernah patahkan semangat saya untuk terus bantu usahawan baru

RIZ AMIN

PELAKON

Beralih kepada perkembangan karier seni, Riz berkata, dia masih menerima banyak tawaran berlakon namun bersikap selektif kerana mahu memberi fokus dalam perniagaan.

"Saya tidak boleh terima tawaran yang melibatkan tempoh penggambaran terlalu lama kerana perniagaan yang dijalankan juga memerlukan masa saya.

"Bidang lakonan sudah cukup sinonim dengan diri saya. Hampir 20 tahun saya berkecimpung dalam dunia seni. Jadi tak mungkin saya akan tinggalkan dunia lakonan," jelasnya.

Sentiasa percaya kepada rezeki, Riz juga faham sekiranya namanya tidak lagi menyerlah apatah lagi dengan kemunculan hero baharu yang lebih muda dan berbakat.

riz amin 1

Riz terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam filem Seratus.

Penglibatan dalam dunia perniagaan juga sebagai salah satu langkah persediaan untuk meneruskan kelangsungan hidup pada masa depan.

"Dalam dunia seni ini ada kitaran. Saya sentiasa percaya pada rezeki yang telah ditetapkan. Jika saya mahu terus dikenali sama seperti pelakon sedia ada, saya boleh melakukannya.

"Tetapi saya perlu ada perancangan demi masa depan. Saya juga lihat ramai rakan artis yang terlibat dalam perniagaan dan mereka menjadi idola saya untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam karier," katanya.

Filem Seratus arahan Feroz Kader mula ditayangkan sejak 6 Oktober lalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharul Kamal, Fauzi Nawawi, Sara Ali, Wan Hanafi Su serta penampilan istimewa artis popular tanah air yang melengkapkan 100 orang barisan pelakon.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain