suria

Nabil Ahmad sempat ajar mengucap dua kalimah syahadah, reda pemergian bapa meskipun masih terkejut 

Nabil Ahmad reda dengan pemergian bapanya, Ahmad Ismail pada Jumaat.

PENGACARA dan penyampai radio Nabil Ahmad memberitahu meskipun masih berasa terkejut tetapi reda dengan pemergian bapa tersayang iaitu Ahmad Ismail pada petang Jumaat.

Nabil berkata, sebagai anak dia juga bersyukur kerana dapat mengajar bapanya mengucap dua kalimah syahadah sebelum Allahyarham ditidurkan pada Khamis lalu akibat kandungan oksigen dalam darah menurun.

"Sejujurnya kami sekeluarga memang masih dalam keadaan terkejut kerana abah tidak pernah sakit teruk sebelum ini melainkan mempunyai penyakit diabetes.

"Arwah ada mengadu sakit dada minggu lalu dan dia dimasukkan ke hospital untuk menunggu giliran pembedahan pintasan jantung.

553

Nabil sempat mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah sebelum ditidurkan pada Khamis lalu.

"Khamis lalu doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan abah tidak stabil dan saya sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan tak sangka itu adalah komunikasi terakhir kami sebelum dia ditidurkan," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Tambah Nabil, meskipun terkejut dan sedih, dia sekeluarga bersyukur semua urusan dipermudahkan Allah apatah lagi bapanya meninggal dunia pada hari Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan masuk hospital, Yana Samsudin sayu dengar alasan bapa... “Mungkin abah tahu dia nak pergi?”

Dalam pada itu, Nabil memberitahu kehilangan bapanya turut memberi kesan mendalam buat ibunya yang sudah tujuh tahun menjalani rawatan dialisis akibat sakit buah pinggang.

Pemergian arwah juga membuatkan Nabil sedar bahawa dia perlu lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu serta ibu bapa mentua sementara masih ada kesempatan.

"Selama ini ibu saya kuat menjalani dialisis kerana abah kerana baginya abah adalah sumber kekuatan untuknya terus hidup.

Arwah abah seorang yang tegas dan baik hati. Dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.

NABIL AHMAD

PENGACARA/PELAKON

"Siapa sangka abah yang pergi dahulu. Jadi sekrang ini saya perlu berada di sisi ibu untuk beri dia kekuatan.

"Sebelum ini kita hanya melihat orang lain kehilangan ibu bapa dan sekarang saya sendiri merasainya dan membuatkan saya sedar sebagai anak kita perlu meluangkan lebih masa bersama mereka sementara diberi kesempatan," katanya.

Berkongsi kenangan bersama arwah, Nabil berkata dia mewarisi bakat menghiburkan orang daripada bapanya yang suka berjenaka dengan anak-anak.

Meskipun bapanya seorang yang tegas namun arwah telah menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap mereka adik-beradik sepanjang hayatnya.

file7icwzbwxgj71959yy6j2

Nabil mahu lebih memberi perhatian kepada ibunya yang juga kurang sihat.

"Saya selalu kata bakat melawak ini adalah daripada abah, dia suka membaca kisah-kisah kelakar dan berkongsi kepada anak-anak.

"Arwah abah seorang yang tegas dan baik hati. Dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik. Dia juga sangat menjaga kisah peribadi dan tidak suka melepak di kedai kopi selepas pulang kerja dahulu,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang urusan kerja sebagai penyampai radio dan pengacara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), kata Nabil dia sudah memohon kerjasama pihak produksi untuk diberi cuti sehingga hujung minggu ini sebelum kembali bertugas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain