PENYANYI Mizz Nina meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama anaknya iaitu Musa. Menurut Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, dia telah memberi pendedahan awal kepada Musa beberapa bulan sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. "Alhamdulilah ya Rabb kerana mengizinkan kami berdua untuk ke sini. Musa banyak menonton dan mendengar tentang ibadah haji sejak beberapa bulan lalu. "Alhamdulillah dia dapat melihat perkara yang sebenar," katanya. Mizz Nina bersama anak angkatnya Musa. Perkara itu dikongsikan oleh Mizz Nina menerusi Instagram miliknya pada Isnin. Dalam perkongsian tersebut, Mizz Nina turut menitipkan doa buat anaknya agar menjadi insan yang baik akhlaknya serta beriman kepada Allah SWT. "Ya Allah, jadikanlah Musa sebagai cahaya ummah yang baik akhlaknya, legasi yang kuat dengan keimanan sebagai teras hidup, takwa dan kebenaran. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas muat naik foto Noh dan anak, Mizz Nina kongsi petikan ayat tentang curang ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh akhirnya mengaku sudah bercerai, kekal berkawan dengan Mizz Nina "Kurniakan dia tarbiyyah yang baik dan semoga al-Quran mengajar segala yang dia ingin tahu bagi mengemudi hidup di dunia dan akhirat," katanya lagi. Pada Mac lalu, Mizz Nina memaklumkan bahawa dia bersama bekas suami, Noh Salleh mengambil anak angkat selepas bertahun-tahun menjalani rawatan IVF. Untuk rekod, Mizz Nina dan Noh dilaporkan bercerai talak satu pada 3 Ogos 2024. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI