suria

Ini ke anak Neelofa? Peminat berjaya rakam wajah dipercayai Bilal ketika hadir ke klinik

Netizen berseloroh Bilal lupa pakai pelitup muka ketika keluar rumah.

NAMPAKNYA netizen semakin teruja menanti pendedahan wajah anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz iaitu Muhammad Bilal.

Terbaharu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang bayi lelaki yang dikatakan ia ialah anak pasangan selebriti berkenaan.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ismah Syahirah itu menarik perhatian ramai kerana didakwa merupakan Bilal.

lofa1

Netizen teruja dapat dilihat wajah Bilal.

"Akhirnya boleh tengok juga Bilal, betul ke ni? Kena saman ke dok ni?" tulisnya pada ruangan kapsyen.

Difahamkan, foto itu diambil ketika bayi berkenaan hadir mendapatkan rawatan di sebuah klinik bersama ibu bapanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah itu sememangnya Bilal atau bayi orang lain kerana sehingga kini pasangan berkenaan belum mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Video yang memaparkan foto bayi berkenaan menerima hampir 50,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa tunjuk telatah Bilal, comel siap pakai mask... TokTi kata ‘betullah gebu macam Afwa’

ARTIKEL BERKAITAN: Bilal dah 6 bulan tapi masih belum tunjuk wajah, netizen kata ‘baik tak payah post kalau sorok’... Ini komen balas Neelofa!

Sementara itu, meninjau ruangan komen rata-rata netizen bersetuju bahawa bayi berkenaan merupakan Bilal.

Namun ada juga yang meminta agar individu yang berkongsi foto tersebut menghormati privasi selebriti berkenaan yang mahu merahsiakan wajah anaknya.

"Bilal lupa pakai mask keluar rumah ke ni? Tapi rambut Bilal macam lain.

"Hormat la sikit privasi orang lain, netizen tak sabar sangat nak tengok Bilal ke?

lofa 2

Neelofa dan suami bimbang anak terkena penyakit Ain jika didedahkan terlalu awal kepada umum.

"Mesti Lofa cakap ini bukan Bilal, ini sepupu Bilal. Tahun depan jelah dapat tengok muka Bilal tu.

"Dia sorok muka anak dekat media sosial je, dekat luar dia open je. Biarlah anak dia," antara komen netizen.

Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz memilih untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kepada umum kerana ingin melindungi anaknya daripada penyakit Ain.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain