suria

“Banyak benda boleh dipermain tapi anak ini rasa dia lain sikit”... Netizen tersentuh perkongsian Haris Ismail tentang Bilal 

Haris tidak dapat menggambarkan perasaan sayang terhadap anaknya.

SELEPAS mendedahkan wajah anak lelaki mereka buat tatapan umum, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail menarik perhatian apabila memuat naik hantaran mengenai Muhammad Bilal di Instagram milliknya.

Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, seolah-olah meluahkan rasa kesal apabila anak kesayangannya itu dipermainkan oleh segelintir netizen sebelum ini.

Sebagai bapa kata Haris, perasaan itu berbeza apabila melibatkan seorang anak kerana rasa sayang itu hanya Allah maha mengerti.

"Banyak benda boleh dipermain tapi anak ini rasa dia lain sikit. Sayang dia Rabb sahaja yang mengerti," katanya.

553

Permata hati Neelofa dan Haris.

Sebelum ini, isteri Haris iaitu selebriti dan usahawan Neelofa, 33, pernah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak tergamak membuat suntingan terhadap wajah Bilal.

Lebih membuatkan dirinya hampa apabila foto edit itu menerima pelbagai komen negatif daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Neelofa akhirnya dedah wajah penuh Bilal... “Cinta teragung Ummi”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz gelar diri ‘abah’, baru tahu rasa jadi ‘bapa-bapa’... Doa Bilal jadi anak soleh

Enggan anaknya terus menerima pelbagai kecaman, pasangan itu akhirnya berkongsi wajah Bilal kepada umum pada Rabu lalu.

Sementara itu, tersentuh dengan perkongsian Haris, pengikut pendakwah selebriti itu turut mendoakan agar pasangan itu terus diberi kesabaran dalam menempuh pelbagai rintangan.

Malah dalam kalangan pengikutnya yang turut mempunyai cahaya mata turut bersetuju dengan kenyataan Haris bahawa perkara melibatkan anak sememangnya sensitif.

Haris Ismail

Perkongsian Haris turut mendapat perhatian pengikutnya.

"Betul tu, bab anak jangan buat main, memang sensitif sangat. Semoga Bilal membesar menjadi anak soleh dan dapat tarik Ummi dan Abah ke syurga," tulis salah seorang pengikutnya.

Tidak kurang ramai turut mendoakan agar Bilal menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak.

Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain