suria

Sissy Imann stabil selepas pembedahan, sudah dibenarkan pulang ke rumah

Sissy Imann dalam keadaan stabil selepas jalani pembedahan.

PENYANYI Sissy Imann memaklumkan dirinya dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pada Jumaat.

Sissy, 27, berkata, pembedahan tersebut berjalan lancar dan kini telah pun dibenarkan pulang ke rumah.

"Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar semalam. Sissy bangun beberapa jam selepas pembedahan dan sekarang sudah balik ke rumah," katanya.

Sissy berkata demikian menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sissy melahirkan rasa syukur apabila ramai mendoakan keselamatan dan kesihatannya apabila dia memaklumkan mengenai perkara itu di laman sosialnya.

Sissy Imann dah pulang ke rumah.

Kata Sissy, dia membuat hantaran berkenaan sebelum masuk bilik pembedahan kerana bimbang ada menyakiti hati sesiapa sebelum ini.

"Sungguhlah dunia ini ramai yang baik hatinya. Terima kasih semua atas doa yang baik-baik. Ini semua berkat doa anda semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann dituduh tiada ‘job’ gara-gara seronok cuti di London... Sedih orang cakap buruk tentang ayah!

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann tidak sabar tunggu ‘hari bahagia’, minta peminat doa cepat sihat sebelum kongsi berita gembira

"Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua terutama kepada semua rakan-rakan dan pihak media yang melaporkan tentang Sissy semalam.

"Tujuan saya nak minta maaf pada yang pernah saya sakiti tapi entah berapa ramai yang mungkin tak pernah mengenali mendoakan sekali. Masya Allah," ujarnya.

Tambahnya, dia akan berehat selama beberapa hari sebelum kembali aktif dengan aktiviti seni.

Sungguhlah dunia ini ramai yang baik hatinya. Terima kasih semua atas doa yang baik-baik. Ini semua berkat doa anda semua.

SISSY IMANN

PENYANYI

Sementara itu, pengurusnya yang dikenali sebagai Mak Tanjung ketika dihubungi memberitahu tidak mengetahui punca sebenar penyanyi itu perlu menjalani pembedahan.

Ini kerana katanya, Sissy menguruskan perkara itu sendirian dan tidak dimaklumkan mengenai keadaannya.

"Sissy baru sahaja tahu mengenai penyakitnya. Itu sahaja yang saya boleh beritahu. Apabila dia dah bersedia nanti terpulang padanya sama ada ingin menceritakan tentang kesihatannya," ujarnya.

Sissy Imann terharu ramai doakan kesihatannya.

Terdahulu Sissy memohon doa semua pihak kerana bakal menjalani pembedahan yang memerlukan dia ditidurkan buat seketika.

"Hari ini (semalam) adalah hari yang penting buat saya kerana bakal menjalani pembedahan yang memerlukan saya untuk ditidurkan seketika.

"Saya memohon jasa baik semua pihak untuk tidak menanyakan kepada ahli keluarga berkenaan isu ini. Terima kasih kerana memahami permintaan saya ini," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain