suria

Ada sangka sebab putus cinta, Mimi Lana dedah menangis seminggu terpaksa potong rambut pendek

Mimi Lana menangis selama seminggu kerana terpaksa potong rambut pendek.

SEBAGAI seorang wanita, rambut sudah tentu adalah segala-galanya bagi mereka namun pelakon Mimi Lana dia terpaksa mengorbankan mahkotanya itu demi menjayakan sebuah watak dalam filem lakonannya.

Mimi, 26, berkata, selama seminggu dia berendam air mata selama seminggu selepas memotong pendek rambutnya.

"Bila rambut pendek ini, saya rasa hilang semua benda. Hampir setiap hari saya menangis minggu pertama tapi lama-lama dah biasa dah.

Mimi Lana menangis terpaksa potong rambut pendek.

"Rambut saya adalah segala-galanya! Untuk potong rambut sependek ini bukanlah satu benda yang indah buat perempuan macam saya.

"Tapi atas tuntutan watak untuk filem akan datang, saya terpaksa juga potong sebab karakter yang saya bawa memang tidak sesuai berambut panjang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suhu badan naik tiba-tiba”- Pertama kali masuk hospital, Mimi Lana serba salah tidak dapat ke set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana sudah sedia bergelar isteri, akan kongsi apabila tiba masa

Perkara itu dikongsikan Mimi menerusi hantaran Instagram miliknya.

Katanya, disebabkan imej baharunya itu ramai yang beranggapan bahawa dia sedang kecewa kerana putus cinta sedangkan ia tuntutan kerja.

Pelakon yang terkenal dengan drama Neraka Kasih Maisarah itu turut mengakui bahawa dia sangat menyukai kerjayanya sehingga rela berkorban apa sahaja.

Mimi Lana akui banyak berkorban demi lakonan.

"Kepada semua yang selalu tanya saya, kenapa? Tak suka lah rambut macam ni, sampai ada pernah cakap saya depression, putus cinta lah macam-macam lagi... Bukan sebab itu ya.

"Ia adalah kerana tuntutan kerja. Makin lama saya berlakon, sebenarnya makin banyak cabaran yang datang. Kamu bukan sahaja korbankan jiwa tapi fizikal juga!," katanya.

Melihat ke ruangan komen, rakan-rakan artis memberi kata-kata semangat buat Mimi sekaligus memuji akan keberaniannya.

305747168_2250927281732698_4289730800254489718_n

Mimi Lana tetap menawan dengan rambut pendek.

"Abang awak berani buat perubahan demi watak. Bangga! Suka tak suka belakang kira. Yang penting kemahuan watak itu penting seorang pelakon. Bravo!

"Rambut akan tumbuh kembali sayang tapi sumbangan atau akan kekal. Insya Allah.

"Alah Alah... tetap cantik. Tetap supermodel," antara komen mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain