suria

Terima anugerah ikon, Shiha Zikir tanya penganjur sebab pemilihannya... tak mahu dianggap syok sendiri

Shiha Zikir bersama trofi Brand Prestigious Women CEO in Entertainment Industry di The IKON Awards 2022.

USAHA dan pengorbanan penyanyi Shiha Zikir dalam bidang seni akhirnya mendapat pengiktirafan apabila menerima anugerah Brand Prestigious Women CEO in Entertainment Industry di The IKON Awards 2022 yang berlangsung pada malam Selasa.

Meskipun gembira dengan anugerah tersebut Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 35, bagaimanapun tetap mengambil langkah dengan bertanya kepada pihak penganjur mengenai pemilihannya kerana enggan dilabel syok sendiri.

"Sekiranya saya dapat sebarang pengiktirafan, saya kebiasaannya akan bertanya terlebih dahulu mengapa saya dipilih.

"Bukan apa, saya kalau boleh mahu terima pengiktirafan yang benar-benar saya dihargai dan bukannya sekadar syok sendiri," katanya kepada mStar.

shiha2

Shiha menerima anugerah di The Brand IKON Awards 2022.

Shiha berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Pemilihan Shiha ada berdasarkan usahanya sebagai selebriti versatil selain mempunyai syarikat pengurusan yang memfokuskan kepada dunia hiburan dan pencarian bakat baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir pegang ayat ‘I don't care’ untuk terus kuat, imbau momen pernah anxiety teruk sampai takut jumpa orang

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Menang besar di AME2021... Orang mula cakap belakang tuduh Shiha Zikir beli undi

Dalam pada itu, bercakap mengenai syarikat tersebut, Shiha menjelaskan sebelum ini perkara itu tidak pernah dimaklumkan secara terbuka kerana merasakan belum tiba masanya dia berbuat demikian.

Pengiktirafan itu bagaimanapun membuatkan dia lebih bersemangat untuk memberi lebih fokus kepada bidang perniagaan selepas ini.

"Mungkin ramai tak tahu saya sebenarnya mempunyai syarikat yang menguruskan pelbagai aktiviti dunia hiburan seperti pengurusan acara, mencari penyanyi untuk klien dan sebagainya.

shiha1

Shiha mahu memberikan fokus dalam bidang perniagaan selepas ini.

"Kemenangan yang diterima ini membuatkan saya rasa sudah tiba masa sesuai untuk peminat tahu bahawa selain menyanyi, saya juga ada perniagaan sendiri," jelasnya.

Sementara itu, Shiha berkata, dia juga memasang impian untuk mencari bakat baharu untuk bernaung di bawah syarikat pengurusannya pada masa akan datang.

Shiha memberitahu dia ingin mencari bakat yang bukan sahaja mempunyai vokal enak tetapi ada semangat juang dan bukan sekadar mengejar populariti.

"Saya lihat ramai bakat-bakat baru yang ada terutamanya di TikTok. Saya tidak mahu mereka mensia-siakan bakat yang ada.

"Saya mencari seseorang yang mempunyai kecekalan hati. Kalau mereka hanya ingin popular, saya tidak boleh menjanjikannya kerana populariti itu adalah rezeki," tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain