PERKONGSIAN pelakon Datuk Aaron Aziz yang menunjukkan bahagian lehernya dipenuhi tatu bagi menjayakan watak untuk penggambaran filem The Original Gangster mengundang kecaman dalam kalangan peminatnya. Ada pihak mendakwa, lakaran tatu tersebut dikatakan mempunyai simbol seolah-olah lambang salib yang terletak di tengah-tengah bahagian tengkuk sehingga membuatkan ramai tampil menegur pelakon berasal dari Singapura itu. Enggan terus berdiam diri mengenai isu diperkatakan, Aaron, 46, menjelaskan lakaran yang disangka salib itu sebenarnya adalah pisau dikenali sebagai dagger dan bahagian dilihat seperti lambang simbol itu adalah pemegang alat senjata berkenaan. Antara komen yang diterima Aaron. "Itu bukan salib, itu dagger (pisau). Korang ingat aku kafir ke? Semua pisau mestilah ada batang (pemegang) dia. "Lainlah kalau aku guna pisau yang buat sapu jem atau peanut butter tu... Itu bukan salib!," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aaron Aziz dipuji masih kacak walaupun gigi rongak ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof tak kecil hati, yakin prekuel Mat Kilau lebih baik di tangan pengarah lain Aaron menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya. Sementara itu, Aaron meminta agar netizen bersikap lebih terbuka dan tidak mudah membuat andaian buruk dengan hanya satu paparan yang dimuat naik di laman sosial. Itu bukan salib! DATUK AARON AZIZ PELAKON "Cubalah buka minda. Husnuzon sikit," ujarnya ringkas. Di sebalik isu berkenaan, ramai dalam kalangan peminat pelakon itu meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem terbaharu arahan Syamsul Yusof berkenaan. Aaron minta peminat tidak cepat menuduh. "Macam ini pun dah gempak, bila keluar nanti mesti pecah panggung. "Aaron Aziz kalau bawa watak gangster memang menjadi... Malek is back!," komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI