USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik mencemaskan apabila isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengalami pendarahan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Menurut Aliff, 35, semasa kejadian dia sedang melakukan siaran langsung di laman sosial dan terkejut mendengar isterinya yang sedang hamil empat bulan menjerit kesakitan. "Tengah sibuk buat live tiba-tiba isteri saya jerit kesakitan dan mengalami pendarahan yang banyak. "Masa ini saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir bayi dan isteri saya. "Semuanya jadi kelam kabut, sepanjang perjalanan isteri saya mengalami pendarahan," katanya. Aliff berkongsi mengenai kejadian itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis. Aliff terkejut mendengar isterinya yang sedang hamil empat bulan menjerit kesakitan. ARTIKEL BERKAITAN: Rancang masuk kelas vokal selepas dapat nasihat pengarah muzik, Aliff Syukri berdoa Awie terima kehadirannya sebagai penyanyi ARTIKEL BERKAITAN: “Datuk Awie... I Love You, I teringin berduet dengan you, mesti trending” - Alif Syukri Dalam pada itu, Aliff memberitahu doktor sudah menjalankan pemeriksaan dan mendapati bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik. "Alhamdulillah doktor scan kata baby okay. Denyutan jantung pun okay. "Cuma isteri saya kena baring sahaja dan berehat untuk tiga hingga lima bulan sebab bahaya untuk ibu dan anak... sehingga uri naik semula. Doakan semuanya dipermudahkan," katanya. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Shahida dan bayi dalam kandungan sihat sehinggalah hari kelahiran. "Semoga Datin dan bayi tidak ada apa-apa. Harap dipermudahkan urusan Datuk sekeluarga. "Suruh isteri rehat dulu Datuk. Penat sangat tu. Semoga Allah gantikan rezeki yang lebih baik," tulis netizen. Shahida perlu berehat selama tiga ke lima bulan. Sementara itu, Shahida menerusi Instagram miliknya pula meminta pandangan pengikutnya yang pernah mengalami pendarahan yang sama. "Semalam sakit perut sangat, lepas tu bleeding banyak... takut sangat tapi bila check baby sihat Alhamdulillah. "Sesiapa ada pengalaman boleh kongsi sebab pendarahan semasa uri masih baru awal kandungan empat bulan," tulisnya. Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI