PLATFORM beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia iaitu Go Shop melancarkan Jualan Hari Jadi ke-8 dengan menawarkan pelbagai jualan menarik selama tiga minggu kepada orang ramai. Kempen yang bermula pada 18 Oktober sehingga 8 November 2022 itu bakal menyaksikan tawaran hebat serta penghantaran percuma ke seluruh Malaysia sebagai penghargaan kepada pelanggan. Apa lebih menarik, Go Shop bakal memberikan baucar bernilai RM8 juta, hadiah dan Go Points RM88,000 selain Live Party istimewa berserta tawaran beli satu percuma satu! Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim berkata, jualan ulang tahun ini adalah acara paling dinanti-nantikan kerana pihaknya sentiasa berinovasi dalam melengkapkan perubahan pasaran yang semakin meningkat. Justeru katanya, bersempena ulang tahun ke-8 Go Shop, pihaknya menyediakan tawaran hebat dengan pelbagai produk sesuai untuk seisi keluarga. Selebriti tempatan Datin Fouziah Gous (tengah), Chef Izyan Hani (kiri) dan Wong Chui Ling pada sidang media yang diadakan pada Selasa. "Terima kasih kepada semua pelanggan Go Shop atas sokongan berterusan mereka terhadap Go Shop sehingga berjaya sampai ke tahun kelapan! "Menerusi sambutan ini kami menyediakan siri tawaran ulang tahun menarik dan hebat dengan menampilkan pelbagai rangkaian produk dan sesuai untuk seisi keluarga. "Ini termasuklah tawaran terbaik dan jualan pukal barangan terlaris kami dengan penjimatan dalam masa yang terhad, untuk memberi pengalaman beli-belah yang menarik kepada pelanggan kami," katanya. Tambahnya, Go Shop sentiasa berinovasi untuk melengkapi perubahan pasaran yang semakin meningkat termasuk permintaan dan perubahan trend di Malaysia. "Dengan kelebihan pasaran digital yang pelbagai, kami menggabungkan seni beli-belah barangan rumah dengan menyediakan produk tepat dalam platform digital. Pelanggan yang berbelanja minimum RM288 pada setiap pembelian turut akan menerima penghantaran percuma di seluruh negara. "Ini membolehkan ia menjangkau rangkaian pelanggan lebih luar, sekali gus meningkatkan pangkalan pelanggan berdaftar kami kepada 3.2 juta pelanggan," jelasnya. Sementara itu, Christinne berkata, pihaknya bakal memperkenalkan Go Shop Premium yang membolehkan pelanggan mendapat barangan daripada jenama asli serta 'service and tour' yang menawarkan pakej percutian dengan nilai hebat. Katanya, antara jenama terlibat adalah Bonia, Habib, Crabtree & Evelyn, Dermalogica, Sothys, Lebensstil Kollection, Naruko, Noritake, SMEG dan banyak lagi. "Go Shop Premium kini menempatkan lebih 20 jenama tempatan dan antarabangsa merentasi kategori daripada fesyen, kecantikan, aksesori sehingga kelengkapan rumah dan kediaman," jelasnya. Bersempena dengan ulang tahun ke-8 Go Shop, platform itu menawarkan enam perkara menarik yang boleh direbut pelanggan, termasuklah; Hadiah-hadiah dan Go Points bernilai RM88,000 menanti pelanggan Go Shop untuk dimenangi. 1. Bersiap sedia untuk ‘Go Shop Live Parties’: Nantikan Go Shop 8mazing Live Parties dengan lebih tiga jam tawaran hebat untuk pelanggan merebut pembelian beli 1 percuma 1, promosi istimewa dan lebih banyak diskaun. Acara ini turut menampilkan tetamu selebriti popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datin Fouziah Gous, Chef Izyan Hani dan Wong Chui Ling. Jangan lepas peluang menyaksikan 8mazing Live Party pada 29 Oktober ini dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari di Astro saluran 303 dan pada 30 Oktober dari pukul 9.30 pagi hingga 1.00 petang di Astro saluran 118. Para pelanggan juga boleh strim acara ini secara siaran langsung menerusi Astro GO atau di laman sesawang, aplikasi mudah alih, platform YouTube dan laman Facebook Go Shop. 2. Beli-belah dan menang hadiah menarik: Pelanggan yang berbelanja minimum RM288 pada setiap pembelian akan mendapat penyertaan untuk bertanding dalam memenangi lebih RM88,000 hadiah menarik dan Go Points. Hadiah yang bakal dimenangi termasuk Samsung Galaxy Z Flip4, Samsung Tab S7 FE, telefon pintar OPPO, tawaran pakej hotel, Go Points bernilai RM88 dan banyak lagi. 3. Nikmati diskaun dengan segera: Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM88 apabila menggunakan kod BDAY88 dengan perbelanjaan minimum RM688. 4. Sambutan pra-ulang tahun dengan Go Shop: Pelanggan boleh menonton ‘Pre-Birthday Live Shows’ pada hari Jumaat, 28 Oktober pada pukul 11 pagi di Astro saluran 118 dan pukul 12 tengah hari di Astro saluran 303 untuk membeli-belah dengan tawaran pukal barangan mesti beli (must-buy) bernilai RM88 dan RM188. 5. Muat turun aplikasi Go Shop untuk memenangi lebih banyak hadiah: Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Go Shop di Google Pay atau App Store dan memutar Emoji Wheel pada aplikasi tersebut setiap hari untuk memenangi Go Points. 6. Gembirakan diri anda dengan kotak misteri: Pelanggan akan menerima pelbagai hadiah apabila mereka membeli Emoji Mystery Boxes berharga RM18 yang terdiri daripada produk hebat daripada jenama-jenama seperti Neoflam, Aurasia, Haushault, Nakada, Pyrex dan banyak lagi yang bernilai lebih RM100,000 secara keseluruhan. Pelanggan boleh melayari lama web Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk mengetahui tentang tawaran-tawaran ulang tahun ke-8 Go Shop. Jangan lupa untuk menonton saluran Go Shop di Astro-Go Shop RUUMA saluran 118, Go Shop GAAYA saluran 120, Go Shop BAARU saluran 111 dalam bahasa Melayu dan saluran 303 dalam bahasa Mandarin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI