suria

“Inilah anak yang mengheret ibu bapanya ke syurga” - Netizen tersentuh tengok Azal baca Al-Fatihah hilang gementar main flying fox, puji didikan Zarina Zainuddin

Kemampuan Azal membaca Al-Fatihah dengan lancar buat netizen kagum.

RAMAI sedia maklum anak kembar pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai dan Razil Azrai adalah anak syurga yang menghidap autisme sejak lahir.

Meskipun sebelum ini kedua-dua mereka pernah dilabel sebagai 'gila' oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting informasi mengenai mereka di Wikipedia namun Zarina tidak pernah patah semangat dalam menjaga dan memberikan yang terbaik buat anak kesayangannya itu.

Terbaharu gelagat Azal yang lancar membaca surah Al-Fatihah bagi menghilangkan rasa gementar ketika melakukan aktiviti lasak flying fox mencuri perhatian netizen yang kagum dengan kebolehannya membaca ayat al-Quran dengan baik.

Azal baca Al-Fatihah bagi menghilangkan rasa gementar.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik akaun TikTok Sugeh Resort, Azal dipercayai mencuba aktiviti berkenaan ketika bercuti di lokasi tersebut.

Ramai memuji cara Azal menenangkan diri sekaligus kagum dengan keberanian anak istimewa tersebut melakukan aktiviti lasak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau abang sayang ibu, jangan sedih tau” - Zarina Zainuddin kesal anak autisme dilabel gila

ARTIKEL BERKAITAN: “Sungguh tidak sensitif” - Zarina Zainuddin murung seharian, menangis tonton video remaja persenda anak autisme

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji Zarina kerana tetap memberikan didikan agama yang baik kepada anak-anak meskipun mereka adalah golongan kelainan upaya.

"Alhamdulillah, inilah anak yang mengheret ibu bapanya ke syurga. Pandai kak Zarina jaga anak syurga.

"Sejuk sikit telinga dengar, pandaidan lancar dia baca surah Al-Fatihah. Walaupun tak sempurna tapi masih lagi menyebut perkara yang baik-baik, tersentuh dengar," antara komen netizen.

Azal maafkan semua orang yang mengata dirinya.

Sementara itu, dalam hantaran terbaharu Zarina di Instagram memberitahu anaknya itu telah memaafkan mereka yang menghina dirinya.

Dalam video berkenaan, Azal turut meminta orang ramai agar lebih menghormati dirinya sebagai insan autisme.

"Azal cakap dia dah maafkan orang yang mengata dia. Saya cakap dengan Azal, jangan simpan dendam. Kita maafkan, kita lupakan... hidup perlu diteruskan," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain