suria

Ulang tahun perkahwinan ke-8 bertukar tragedi, tulang siku Cik Manggis terkeluar ketika main SurfSkate

Cik Manggis cedera tangan kiri semasa bermain surf skating.

AKIBAT terlalu ghairah melakukan aktiviti sukan lasak SurfSkate, penyanyi Cik Manggis terpaksa menanggung derita apabila mengalami kecederaan sehingga tulang siku tangan kirinya terkeluar.

Anggota kumpulan De Fam itu memberitahu, kejadian berlaku ketika dia sedang mencuba gerakan baharu sebelum tersilap langkah dan menyebabkan dia terjatuh.

Lebih malang, kejadian yang berlaku pada 18 Oktober lalu itu adalah hari ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Syazmin Firdaus Aminuddin yang kelapan.

"Ketika kejadian saya sedang mencuba dan belajar gerakan baru dengan suami tetapi tersilap langkah lalu terjatuh sampai saya boleh dengar bunyi tulang yang retak.

Cik Manggis cedera semasa main surf skating.

"Terkeluar juga tulang siku ketika itu... memang sedih, tambahan pula pada hari kejadian adalah ulang tahun perkahwinan kami," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Cik Manggis atau Nurshazwani Shamsudin, 33, berkongsi tentang kejadian di Instagram miliknya yang turut memperlihatkan tangannya berbalut dan mengenakan anduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhijab bukan halangan Cik Manggis terus menari bersama De Fam - “Apa orang nak fikir, fikir la... saya tak kisah”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Manggis reda hilang tawaran berlakon drama selepas bertudung - “Hijrah ini buat saya betul-betul tenang”

Berkongsi lanjut mengenai insiden itu, Cik Manggis berkata, dia bernasib baik kerana suami berada di sisi dan memberi bantuan awal apabila melihat tulang sikunya terkeluar selepas terjatuh.

Katanya, Syazmin berjaya menekan masuk tulang sikunya ke tempat asal sebelum membawanya mendapat rawatan lanjut di hospital.

"Memang menjerit kesakitan saya ketika itu apabila tengok tulang siku terkeluar tetapi nasib baik suami saya bagi pertolongan awal.

Cik Manggis bersama suami aktif dalam sukan surf skating.

"Dia tekan bahagian siku sebelum ada bunyi macam tulang itu sudah masuk balik ke tempatnya, tapi tangan saya jadi bengak sekarang ini," jelasnya.

Disebabkan kejadian itu, Cik Manggis berkata, dia akan berehat selama sebulan bagi memastikan keadaannya kembali pulih.

Untuk rekod, pasangan suami isteri ini mula menceburkan diri dalam sukan lasak SurfSkate sejak April lalu sebagai cara mengembalikan tenaga selepas dijangkiti Covid-19.

Sejak itu, mereka sering berkongsi aktiviti yang dilakukan di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain