suria

“Tembam manja-manja is awesome” - Puteri Sarah tiada masalah badan berisi, kurus tidak buat dirinya gembira

Puteri Sarah gembira dengan berat badannya.

PENINGKATAN berat badan pelakon Puteri Sarah mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga ada mengatakan dirinya sedang hamil anak ketiga.

Menyangkal dakwaan berkenaan, Sarah, 37, berkata, dia selesa dengan bentuk tubuhnya yang sedikit berisi kerana merasakan sebelum ini dirinya terlalu kurus.

Meskipun menjadi duta produk pelangsingan badan namun ibu kepada dua cahaya mata ini gembira apabila mencapai berat ideal dan yakin tentangnya.

"Dua hari kebelakangan ini ramai prang komen mengenai badan saya yang berisi memandangkan saya duta produk menguruskan badan.

75873513875815

Puteri Sarah lebih selesa badan berisi berbanding kurus.

"Saya pernah berada dalam fasa kurung kering tapi ketika itu saya tidak gembira. Tinggi saya 165cm jadi berat ideal saya 58 kilogram.

"Kenapa perlu macam papan? Lihat Jennifer Lopez dan Beyonce, mereka tak terlalu kurus, mereka ada aset. Tembam manja-manja is awesome. Nak jadi cantik kena jadi diri sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lawan tetap lawan! Puteri Sarah puas hati penerangan Jawi, sudah dapat tarikh perbicaraan saman Ira Kazar

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah ‘enjoy’ sibukkan diri dengan bekerja, seronok tengok Syamsul luang masa bersama anak-anak

Sarah menjelaskan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Sarah berpendapat berat badan tidak seimbang boleh membuatkan seseorang berasa tidak bertenaga malah dia sendiri pernah berada dalam keadaan itu ketika berasa patah hati suatu ketika dahulu.

Saya pernah berada dalam fasa kurus kering dan ketika itu saya tidak gembira.

PUTERI SARAH

PELAKON

Perasaan tidak gembira membuatkan berat badannya turun dengan mendadak.

"Masa saya tengah sedih dan patah hati, saya kurus dengan cepat. Masa itu saya ingat kurus itu cantik tetapi tidak.

"Mana larat nak buat kerja dan jaga dua orang anak yang sangat aktif... jadi saya ambil keputusan untuk menambah berat badan tapi 'terlebih' pula sebab saya makan pada waktu malam," katanya.

Kerana foto perut dilihat buncit buat netizen dakwa Puteri Sarah hamil.

Menjelaskan mengenai pengambilan produk kurus, Sarah berkata, dia mengambil bahan itu kerana ingin mengekalkan berat badan ideal dan bukannya obses untuk langsing.

Sarah berkata, dia juga ingin mendidik masyarakat bahawa terlalu kurus itu bukan bererti cantik tapi paling penting mempunyai berat badan ideal dan sihat.

Sebelum ini, perkongsian foto Sarah menjadi perbualan hangat netizen apabila didakwa sedang hamil anak ketiga.

Menerusi perkongsian tersebut, Sarah terlihat berisi malah bahagian perutnya juga seakan-akan ada bentukkan baby bump sehingga menjadi perhatian ramai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain