suria

Neelofa tak rindu kehidupan glamour, hati kini rasa lapang dan ‘penuh’

Neelofa tidak merindui dunia glamour.

PENGHIJRAHAN selebriti terkenal Neelofa sering menjadi inspirasi kepada masyarakat yang ingin berubah ke arah lebih baik dan mendalami ilmu agama.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, baru-baru ini sempat menjawab beberapa soalan yang sering diterima tentang penghijrahan yang dilakukan sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Kata Neelofa, hatinya kini berasa lebih lapang selepas perubahan yang dilakukan dalam hidupnya dan tidak merindui kehidupan lalunya sebagai seorang selebriti ternama.

"Ada orang tanya, mesti kau rindu apa kau buat dulu. Mesti rindu nak sibuk dan terkenal macam dulu, kan? Sebenarnya saya rasa macam bahagian saya sudah selesai.

Neelofa tak rindu kehidupan lalu.

"Alhamdulillah saya dah move on. Saya rasa apa yang Allah bagi sekarang adalah hati yang lapang dan sentiasa terasa penuh.

"Saya juga tidak lagi terkejar-kejar macam dulu. Alhamdulillah syukur Minta-minta Allah tidak tarik perasaan ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dedah wajah anak, Neelofa dan Haris bawa Bilal bercuti ke Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Neelofa akhirnya dedah wajah penuh Bilal... “Cinta teragung Ummi”

Neelofa berkata demikian ketika menjadi tetamu program Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Abdul Halim Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Perkongsian bekas pengacara program MeleTop itu turut tular di TikTok.

Dalam pada itu, Neelofa mengakui susunan Allah terhadap hidupnya sangat cantik dan dia bersyukur dengannya.

Saya syukur apa yang Allah bagi sekarang, hati yang lapang dan terasa penuh.

NEELOFA

SELEBRITI

Baginya, jika dia masih lagi bergiat aktif dengan dunia seni termasuk sebagai pengacara, mana mungkin dapat memberi tumpuan kepada suami dan anak.

"Beberapa hari lepas saya muncul sebagai tetamu program MeleTop untuk mempromosikan program Next To Neelofa, dekat sana saya terfikir cantik sungguh susunan Allah.

"Lapan tahun, setiap minggu saya berada di studio sama menjadi pengacara rancangan tersebut tapi untuk menggalas tanggungjawab ini pada saat ini saya tidak mampu kerana perlu mengutamakan suami dan anak yang masih kecil.

Neelofa syukur Allah aturkan jalan hidupnya dengan cantik.

"Saya syukur sebab penceritaan dan susunan hidup saya cantik sebenarnya," jelasnya.

Sementara itu, Neelofa menjelaskan caranya untuk kekal istiqamah dalam agama adalah secara paksaan.

"Kalau tanya saya, macam mana cara istiqamah adalah paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contohnya kena dengar ceramah di YouTube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah.

“Kena paksa buka al-Quran, kena paksa buka tafsir. Malasnya nak buka al-Quran, boleh buka tafsir,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain