suria

Tema malam berinai Sweet Qismina dan Adam Lee dapat pujian, kapsyen dalam bahasa Jawa bawa maksud mendalam

Mengenakan busana Jawa, majlis berinai Sweet Qismina dan Adam Lee jadi perhatian.

PASANGAN pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina menjadi perhatian peminat apabila berkongsi foto majlis berinai yang diadakan pada malam Sabtu.

Menerusi perkongsian tersebut, Sweet dan Adam dilihat mengenakan busana bertemakan Jawa sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24, turut meletakkan kapsyen dalam bahasa Jawa yang membawa maksud 'tidak perlu berjanji sehidup semati, yang penting mampu bertahan sampai mati'.

"Ora perlu berjanji sehidup semati, sing penting iso bertahan sampek mati," tulisnya.

Sweet Qismina dan Adam Lee sedondon berbusana bertemakan Jawa.

Perkara itu dikongsikan Sweet menerusi hantaran Instagram miliknya pada Ahad.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji pemilihan tema pasangan berkenaan.

ARTIEKL BERKAITAN: “Hampir 80 peratus siap” - Adam Lee dan Sweet Qismina urus sendiri majlis perkahwinan, enggan upah ‘wedding planner’

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina, Adam Lee berdebar bilang hari bahagia... Mohon doa peminat agar majlis dipermudahkan

Malah ada juga yang berteka teki sama ada salah seorang dari mereka berketurunan Jawa.

"Jarang tengok artis pilih tema Jawa selalu pilih Bollywood.

"Cantiknya nampak sepadan, Sweet ke Adam yang ada keturunan Jawa ini?

Sweet Qismina dan Adam Lee hitung waktu untuk bergelar suami isteri.

"Selamat pengantin baru, cantik betul korang dengan busana ini," antara komen netizen.

Pasangan ini bakal disatukan pada pagi Isnin (esok) yang merupakan tarikh hari pertunngan mereka pada 24 Oktober 2021.

Sweet dan Adam menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain