suria

Sebutan bahasa Inggeris Asheed Def Gab C punca kedudukan paling corot, terselamat GV9 minggu ke-6 tiada penyingkiran

Asheed terselamat daripada penyingkiran.

MINGGU keenam Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran dibuat dan semua peserta mara ke peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, persembahan Asheed Def Gab C menerusi lagu Sweet Child of Mine pada malam Ahad itu gagal menambat hati juri sekali gus meletakkan dia pada kedudukan tercorot.

Juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat berkata, sebutan dalam bahasa Inggeris yang baik memainkan peranan besar dan Asheed dilihat mempunyai masalah tersebut dalam persembahannya.

"Apabila dengar suara, kita tahu itu milik Asheed. Ada trademark tersendiri.

ASheed 2

Masalah sebutan punca Asheed dapat markah tercorot.

"Tapi apabila menyanyikan lagu berbahasa Inggeris, sebutan adalah sangat penting," katanya.

Shafinaz turut membantu Asheed membetulkan beberapa sebutan ketika memberi komen sejurus selepas dia membuat persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu berturut-turut di kedudukan teratas GV9, Jaclyn Victor tiada niat lancar perang

ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan Pat Candy terhenti di minggu kelima GV9, Jaclyn Victor sekali lagi dapat markah tertinggi

GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Tomok menduduk menduduki tempat pertama diikuti Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

Pada persembahan malam itu, Tomok juga berjaya membawa pulang anugerah Juara Next Level Digi manakala Jaclyn mendapat Anugerah Cuckoo Paling Gempak.

Sementara itu, Dina Nadzir tidak dapat menghadirkan diri bagi berentap bersama rakan-rakan lain ekoran kematian bapanya pada pagi Ahad.

Selain Syafinaz, dua lagi juri tetap program itu adalah Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

GV9 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain