KEHADIRAN pendatang baharu iaitu Dina Nasz sepatutnya dapat merancakkan industri hiburan tempatan namun namanya sudah terpalit dengan kontroversi. Dina atau Nur Addina Mohd Nasron, 20, didakwa meniru konsep dan genre lagu penyanyi Iman Troye menerusi single pertamanya yang berjudul Cita. Menjawab mengenai dakwaan tersebut, wakil Todak Music iaitu Balqis Zairul Nizam menjelaskan Dina tidak meniru Iman sebaliknya penyanyi baharu itu mempunyai identiti tersendiri. Muzik video lagu Cita didakwa tiru konsep Teman. Jelas Balqis, genre bagi lagu milik Dina dengan Iman jauh berbeza memandangkan Cita mengetengahkan rentak balada dan jazz. "Lagu ciptaan Kidd ini memang digubah secara eksklusif dan bersesuaian dengan personaliti Dina dan tidak timbul isu meniru sesiapa. ARTIKEL BERKAITAN: Proses rakaman ‘Tak Terganti’ paling lama dalam karier, Farahdhiya cipta lagu kenang Allahyarham bapa ARTIKEL BERKAITAN: Tajuk lagu ‘Eleh He Eleh’ kena kecam, lirik macam budak-budak... Timah kata ‘biasalah yang pelik senang viral’ "Cita mengetengahkan genre balada dan jazz, berbeza dengan penyanyi lain," katanya. Tidak hanya itu, konsep muzik video lagu berkenaan juga turut dikatakan mempunyai persamaan dengan Iman. Balqis menjelaskan, tidak timbul isu meniru kerana muzik video lagu tersebut berinspirasikan Kpop. Dina mahu dikenali sebagai dirinya. Sebelum ini, muzik video lagu Cita ini menjadi perbualan warganet apabila miliki konsep poster dan muzik video yang menggunakan elemen warna, pemakaian serta tarian yang hampir sama dengan lagu Teman oleh Iman Troye. Untuk rekod, Dian merupakan artis baharu naungan Todak Music yang pernah muncul sebagai pemenang program Open Stage Muzik Muzik 35 pada 2020. Bagaimanapun disebabkan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, baharu sekarang Dina dapat melancarkan single pertamanya yang mengisahkan tentang seorang wanita dicurangi oleh teman lelakinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI