DENGAN sekali lafaz, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina selamat bergelar suami isteri pada pagi Isnin. Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24, dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Fahid Asyraf Supandi dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan, Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein. Majlis pernikahan itu diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur. Adam dinikahkan sendiri oleh abang Sweet iaitu Fahid Asyraf Supandi. Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, menyerahkan RM2410.97 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan. Majlis pernikahan pasangan selebriti ini turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat Sweet dan Adam. ARTIKEL BERKAITAN: Tema malam berinai Sweet Qismina dan Adam Lee dapat pujian, kapsyen dalam bahasa Jawa bawa maksud mendalam ARTIKEL BERKAITAN: “Hampir 80 peratus siap” - Adam Lee dan Sweet Qismina urus sendiri majlis perkahwinan, enggan upah ‘wedding planner’ Ia turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube. Terdahulu, kedua mempelai masuk ke ruang dewan yang dihias indah dalam persalinan serba putih kira-kira pukul 10 pagi. Sweet ditemani ibu, Misnah Atan di atas pelamin. Sweet turut ditemani oleh ibu, Misnah Atan di pelamin sepanjang majlis pernikahan berlangsung. Adam dan Sweet pada malam Sabtu sempat diraikan dalam majlis berinai yang bertemakan Jawa. Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun melayari alam percintaan dan memilih melangsungkan pernikahan setahun selepas hari pertunangan mereka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI