GARA-GARA dijangkiti Covid-19 tahap lima, penyanyi Mafarikha Akhir berkata dia terpaksa menahan diri daripada makan dan minum selama beberapa hari. Berkongsi perkembangan terkininya selepas dijangkiti virus berkenaan, Mafarikha, 29, dia perlu berpuasa kerana dikhuatiri air masuk ke bahagian paru-parunya. "Doktor tidak membenarkan untuk saya makan atau minum kerana keadaan paru-paru dan perut sudah terlalu banyak air. "Ini membuatkan buah pinggang pun akan terganggu. Saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun terpaksa menahan lapar," katanya ketika dihubungi mStar. Mafarikha yang kini dirawat di Hospital Kajang, Selangor berkata ini merupakan kali pertama dia dijangkiti Covid-19. Mafarikha berdepan simptom kesukaran bernafas dan mengalami batuk berdarah. ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah persembahan kurang menyengat, Dina Nadzir dedah dijangkiti Covid-19 minggu kedua GV9... “Suara pun belum baik lagi” ARTIKEL BERKAITAN: Dijangkiti virus Influenza A, Riena Diana beritahu ia lebih menyakitkan berbanding Covid-19 Selain berdepan simptom kesukaran bernafas, Mafarikha juga mengalami batuk berdarah. "Sekarang saya sudah ditukarkan wad dan Alhamdulillah, kahak sudah tidak lagi berdarah sangat. Keadaan saya kini masih lagi semput, penat dan nak bercakap laju pun susah. "Saya perlu menghabiskan tempoh kuarantin, selepas itu doktor akan lihat bagaimana keadaan saya nanti," ujarnya. Mafarikha bercuti bersama suami di Istanbul, Turki. Sementara itu, Mafarikha yang baru pulang dari melancong di negara Turki menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika mengembara ke luar negara. Lebih-lebih lagi dunia kini masih belum bebas daripada wabak berkenaan. "Ramai orang kata Istanbul sesuai untuk orang tua dan keluarga. Tapi, apa yang saya lihat sekarang ini cuaca pula berdebu dan sejuk. "Jalan berbukit bukau. Memang senanglah untuk jatuh sakit bagi yang tubuh tidak kuat," katanya. Mafarikha disahkan positif Covid-19 selepas bercuti di Istanbul bersama suami, Muhammad Zariq. Suaminya bagaimanapun disahkan bebas daripada virus berkenaan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI