suria

Adam Lee pernah tolak tawaran berlakon babak romantik, sudah jaga batas sebelum kahwin dengan Sweet Qismina

Adam dan Sweet lebih berhati-hati memilik watak dalam drama lakonan mereka.

SEMASA melalui fasa pertunangan dengan aktres Sweet Qismina, pelakon Adam Lee berkata dia sudah menjaga batas pergaulan dan tidak mengambil tawaran yang memerlukannya beraksi sebagai lelaki romantik.

Menurut Adam atau nama sebenar Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, dia dan Sweet saling meletakkan kepercayaan dan menjaga pergaulan kerana menyedari cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang dalam fasa itu.

"Sebelum kami bernikah lagi iaitu dalam fasa bertunang memang kami sudah menjaga batas. Kami akan sentiasa saling mengingatkan.

"Malah, saya pernah ditawarkan membawa watak seorang suami yang perlu beraksi romantis dengan isterinya, tetapi saya tarik diri," katanya kepada mStar.

sweet11

Pasangan ini ditemui selepas majlis akad nikah.

Adam dan Sweet ditemui pada sidang media selepas majlis pernikahan yang diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adam Lee pilih nikah pada hari jadi Sweet Qismina, simbolik ambil alih tugas jaga isteri daripada keluarga

Pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada Isnin, 24 Oktober selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Dalam pada itu, Sweet berkata sepanjang tempoh pertunangan itu banyak perkara yang dipelajari oleh mereka terutamanya mengenai batas dalam sesuatu perhubungan.

"Ketika itu (fasa pertunangan) baru Sweet tahu kalau berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki, ada batas untuk dijaga... begitu juga Adam. Kami sentiasa berbincang untuk memberitahu apa yang perlu dijaga.

"Sebagai seorang pelakon kami tidak boleh mengelak untuk mempunyai pasangan dalam drama, namun apa yang penting kita perlu tahu cara menjaga batas," ujarnya.

sweet2

Adam memilih tarikh pernikahan sempena hari ulang tahun kelahiran Sweet.

Sementara itu, Sweet menjelaskan sebagai seorang pelakon, mereka boleh berbincang dengan pengarah untuk mengubah cara lakonan sekiranya tidak mahu melakonkan babak berkenaan.

"Andai kata dalam drama tersebut kita kena buat begitu begini, tapi bila jumpa pengarah kita boleh berbincang.

"Sewaktu meeting bersama team produksi, kami akan berbincang terlebih dahulu dan menyuarakan jika ada beberapa babak yang perlu diubah cara penyampaiannya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain