suria

[V] Rakaman tidak dirancang, Wawa Zainal tak perasan video menari dedah aurat

SEJAK beberapa hari lalu, nama Wawa Zainal menjadi bualan netizen susulan sebuah video yang dimuat naik usahawan berkenaan menampakkan bahagian leher dan hujung telinganya.

Tampil menjelaskan mengenai penampilannya itu, Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 31, berkata video itu dirakam tanpa dirancang dan auratnya terdedah tanpa sengaja.

"Itu video malas-malas sahaja sebenarnya. Saya dengan Aeril main arah sahaja. Sebab sekarang ini semuanya kita serahkan kepada pekerja kita.

Video Wawa Zainal menari bersama Hayla jadi perhatian.

"Idea asal memang dari kita tapi untuk merealisasikan adalah pekerja," katanya kepada mStar.

Wawa menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran pewarna bibir Fruit Candy Lip Tint di Boathouse, Ampang pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Wawa berkata dia terbuka menerima teguran daripada netizen dan akan memperbaiki kesilapannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tema hari jadi ‘Huggy Wuggy’ didakwa tak sesuai untuk kanak-kanak, netizen tegur Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.... “Bahaya! Banyak unsur negatif”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai 24 jam tudung keluaran Wawa Zainal licin, raih jualan RM2.5 juta!

"InsyaAllah kita perbaiki dari semasa ke semasa," ujarnya.

Sementara itu, suaminya iaitu Aeril Zafrel pula menyangkal dakwaan netizen kononnya Wawa sudah berubah.

"Dia tak perasan waktu menari itu ada nampak telinga. Dia bukan berubah tapi tidak perasan," jelasnya.

Aeril nafi pemakaian Wawa mula berubah.

Dalam perkembangan lain, Wawa memaklumkan bahawa dia mengeluarkan sebanyak 80,000 Wawa Lip Tint atas pemintaan ramai.

Untuk edisi terbaharu ini, dua warna menarik dihasilkan iaitu peach dan juga epal berbanding sebelum ini.

286774271_433145438283444_4583045231525689976_n

Wawa Kosemtik keluarkan lagi lip tint atas pemintaan ramai.

"Sebenarnya Wawa lip tint ini pernah dikeluarkan dua kali sebelum ini, tapi asyik sold out sahaja. Kali ini kita keluarkan pun sudah hampir sold out juga walaupun belum dilancarkan secara rasmi lagi.

"Untuk kali ini hanya 80,000 unit sahaja dan telah sold out sebanyak 65,000 unit," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain