suria

Tersenyum ketika bersalin buat netizen kagum, Elfira Loy dedah tip meneran daripada bidan

Elfira tersenyum ketika meneran buat netizen kagum.

MESKIPUN sudah melahirkan anak kedua pada 20 Mei lalu, pelakon Elfira Loy menerima banyak pertanyaan berhubung proses melahirkan daripada bakal ibu di laman sosial miliknya.

Kata Elfira, 28, antara soalan yang sering diajukan kepadanya adalah tentang cara mudah melahirkan anak memandangkan dia sudah dua kali melalui proses berkenaan.

"Ramai minta tip untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El dengan bantuan bidan Puan Sharifah.

"Daripada video ini anda boleh dengar sendiri cara bidan terangkan apa yang perlu dilakukan sebelum meneran," katanya.

Elfira 4

Elifra bersama suami dan dua anak mereka.

Elfira turut berkongsi video ketika dia sedang berada di dalam bilik bersalin semasa melahirkan anak keduanya, Nur Aria Mikayla.

Dalam pada itu, Elfire tanpa berselindung memberitahu bagi melancarkan proses bersalin dia turut mengambil suntikan epidural bagi membantu mengurangkan rasa sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulang rusuk kanan Mafarikha terpaksa ditebuk, ada kemungkinan hidap tibi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cik B bukan suka-suka potong rambut pendek macam lelaki, rupanya Vida yang suruh... “Tapi mama gunting tak lawa”

Kata Elfira, dia mengambil suntikan itu berdasarkan pengalaman melahirkan anak sulung, Muhammad Rayyan Khalaf sebelum ini.

"El ingin kongsi juga untuk kehamilan kedua ini, El ada ambil epidural sebab kita induced the baby... sebab mengikut pengalaman sebelum ini, kontraksi ada tapi bukaan lambat dan El dah tak tahan sakit berhari-hari tapi masih bukaan 2cm.

"Tapi bila bukaan dah hampir 6cm, El dah kurangkan dos epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih penat dan macam tidak boleh bernafas," katanya.

Bagaimanapun menariknya, ramai memuji kecantikan aktres itu yang dilihat tenang sepanjang melalui proses bersalin.

Elfira Loy 2

Elfira berkongsi pengalaman bersalin anak kedua dengan pengikut TikTok.

"Tenangnya wajah dia, kalau saya masa bersalin, cleaner pun saya panggil doktor.

"Kalau kita tak nampak apa dah, macam baru lepas bayar hutang sejuta! Tak ada senyum dekat muka dah.

"Elfira tengah berlatih ke memang betul-betul ni? Tenang betul cara dia," antara komen netizen.

Menjawab mengenai soalan itu, Elfire menjelaskan dia tersenyum disebabkan mendapat kekuatan dan bantuan daripada bidan di hospital.

Elfira 3

Nur Aria Mikayla dilahirkan pada Mei lalu.

Kata Elfire, bidan berpesan kepadanya jika mimik wajah bertukar buruk ketika meneran maka teknik dilakukan adalah salah.

"Dalam klip ini, anda ada nampak El senyum... senyum sebab bidan dah pesan; 'kalau muka buruk, salahlah teran tu'.

"Punyalah takut, rupanya tersenyum saya. Maas itu tak perasan pun senyum, cuma 'control' sahaja," kongsinya.

Untuk rekod, Elfira berkahwin dengan Faris Kahirul Anuar pada 1 Januari 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain