suria

[V] Elak babak bersentuhan dalam drama, Tajul bukan takut isteri tapi hormat

SEMENJAK kebelakangan ini kerjaya penyanyi Tajul dalam bidang lakonan semakin rancak dengan pelbagai tawaran termasuk muncul menerusi drama terbaharu berjudul Sorry Naik Lori.

Meskipun rezekinya dalam lakonan semakin murah namun kata pemilik nama sebenar Tajul Ariff Noor Md Shari, 24, ini, menjelaskan ia bukan tiket untuk menerima semua tawaran secara membuta tuli.

Sebaliknya kata Tajul, dia memastikan watak diterima tidak keterlaluan selain memastikan dapat menjaga batas demi menjaga hati isteri, Nurul Shamieza Eddie.

Tajul jaga batas dalam lakonan demi jaga hati isteri.

"Bercakap mengenai jaga batas ini, saya memang kalau boleh elakkan bersentuhan dan sebagainya tetapi jika pengarah minta saya akan fikir terlebih dahulu.

"Kalau rasa boleh saya buat, kalau tidak saya akan tolak secara baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun layari alam perkahwinan... Tajul akui bukan mudah jadi suami, kena banyak bersabar didik isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah datang bertimpa-timpa, Tajul syukur isteri sentiasa di sisi

Tajul ditemui pada sidang media drama Sorry Naik Lori di Kuala Lumpur pada Rabu.

Untuk rekod, Tajul mendirikan rumah tangga sekitar empat tahun lalu dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adriana Carisa dan Adrian Rifqy.

Isteri saya profesional... dia tidak akan cakap dengan saya tapi kita faham sendiri.

TAJUL

PENYANYI/PELAKON

Dalam pada itu, Tajul menjelaskan syarat ditetapkan bukan kerana takut isteri namun lebih menjaga hatinya wanita kesayangannya itu.

Tambahnya, sebagai suami dia faham perasaan cemburu seorang isteri apabila melihatnya bermesraan dengan wanita lain meskipun sekadar lakonan.

"Bukan takut tapi saya hormat isteri, sebab dia pun akan tengok lakonan saya, jadi saya tak sedap hati kalau dia terasa.

Tajul bimbang isteri akan cemburu kalau tidak jaga batas.

"Cemburu mesti kena ada, tipu kalau perempuan kata tak cemburu... pasti akan ada rasa sikit," katanya.

Bagaimanapun kata Tajul, Nurul seorang isteri yang memahami dan tidak pernah meletakkan sebarang syarat selagi dia tahu batasan diri.

"Dia okay saya berlakon apa pun tapi saya kena pandai jaga diri dan batas... Insya Allah tiada apa-apa masalah. Saya pun boleh kerja dengan tenang... kita bukan Jep Sepahtu," ujarnya berseloroh.

909700698

Tajul berlakon dalam drama Sorry Naik Lori.

Dalam perkembangan lain, Tajul memaklumkan dalam drama berkenaan dia memegang watak sebagai penghantar makanan yang agak dekat dalam kalangan masyarakat terutama ketika pandemik melanda negara.

Katanya, Sorry Naik Lori yang turut dibintangi oleh Nazim Othman, Ruhinies, Nafiz Muaz dan Asha Zainul itu merupakan projeknya yang keenam sejak menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain