suria

Adam Shahz minta Fatin Afeefa jangan putar belit cerita sampai buka aib sendiri… “Saya simpan transaksi bukti bayar nafkah”

Adam nafi dakwaan gagal bayar nafkah kepada Fatin.

DIDAKWA tidak menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah selepas bercerai dengan Fatin Afeefa, pelakon Adam Shahz akhirnya tampil menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu.

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, berkata dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab itu dan menyimpan semua transaksi pembayaran sejak mereka berpisah.

Kata Adam lagi, tindakan Fatin membangkitkan isu tuntutan nafkah ini dilihat sekadar untuk meraih perhatian orang ramai di media sosial.

adam shahz 1

Adam dakwa bekas isteri putar belit kisah sebenar.

“Saya ada semua transaksi pembayaran nafkah sebagai bukti. Kalau ada yang hilang pun boleh pergi bank minta print semula. Tak wujud isu kononnya saya gagal membayar nafkah.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Dia seolah-olah menjadikan saya bahan marketing dengan cerita kisah ini di media sosial sehingga ada orang yang maki saya.

“Apa yang cuba dia sembunyikan sehingga saya dijadikan sebagai ‘benteng’ untuk orang maki? Jangan seronok sangat bercakap kerana takut nanti ada perkara yang tidak sepatutnya terlepas,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan harap ‘daddy’ kasi” - Fatin Afeefa beli kereta mewah hanya selepas 6 bulan bergelar usahawan

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz tak mengaku bawa anak tidur sebilik dengan teman wanita - “Saya bukan la baik sangat, tapi tak sampai nak buat tak senonoh”

Sebelum itu, Adam menerusi beberapa perkongsian di Instastory miliknya mendakwa Fatin sengaja memutar-belit cerita sebenar tentang perceraian mereka.

Terkesan dengan pandangan orang ramai yang dilihat seakan-akan menuding jari ke arahnya, Adam menasihatkan Fatin supaya membawa perkara tersebut ke pengadilan jika benar dia tidak melunaskan tanggungjawab.

“Kalau ada cerita begini biasanya lelakilah yang akan nampak salah. Daripada cerita di media sosial lebih baik dia mengadu ke mahkamah jika saya tidak bayar nafkah. Gunakan jalan yang betul.

Jangan seronok sangat bercakap kerana takut nanti ada perkara yang tidak sepatutnya terlepas

ADAM SHAHZ

PELAKON

“Apa yang dia buat beri kesan kepada saya dan keluarga. Orang sekeliling mula bercakap tentang kisah lama kami. Sekarang orang sudah tahu bahawa saya bukan suami pertama. Dia sendiri yang buka kisah tersebut,” katanya.

Adam dan Faten mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun.

Pasangan ini bercerai pada 30 Mei 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dan ketika itu kedua-dua bersetuju bahawa hak penjagaan anak dilakukan bersama.

adam shahz 4

Adam juga mahu menuntut hak penjagaan anak.

Bagaimanapun Adam memberitahu kebelakangan ini dia sukar bertemu anaknya itu atas pelbagai alasan yang diberikan oleh Fatin dan juga keluarganya.

Justeru Adam membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan hak yang sepatutnya sebagai seorang bapa.

“Hak penjagaan anak tidak diputuskan oleh mahkamah dan kami setuju untuk melakukannya bersama. Sejak bercerai anak kami tinggal bersama keluarga Fatin dan saya akan datang ambil apabila ingin berjumpa.

“Namun sejak dua minggu lalu saya sudah tidak bertemu anak. Katanya belajar di sekolah tahfiz dari pagi sehingga malam. Macam-macam alasan diberikan.

“Saya dah tak boleh berdiam. Selama ini asyik nak sorokkan kisah sebenar dan menjaga aib. Sebagai langkah awal saya akan buat tuntutan di mahkamah tentang hak penjagaan anak. Selebihnya saya belum boleh kongsi,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain