PELAKON Datin Eina Azman terbang ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah buat kali kedua bersama suaminya iaitu Datuk Kaiser Gurmeet Harden. Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 27, memberitahu dia menunaikan ibadah umrah itu bagi menyempurnakan nazar selepas suaminya sembuh daripada jangkitan Covid-19 pada Ogos tahun lalu. "Tahun lepas Eina ada bernazar untuk suami selepas kena Covid-19. "Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan jadi Eina dan suami akan menunaikan umrah buat kali kedua," tulisnya di Instagram pada Sabtu. Pasangan ini memohon doa agar urusan mereka dipermudahkan. Dalam pada itu, Eina turut memohon maaf seandainya mereka ada melakukan salah dan silap serta berdoa semoga ibadah itu dipermudahkan. "Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang, InsyaAllah semoga yang baik-bauk untuk kita semua," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman diuji lagi, positif Covid-19 pada ulangtahun perkahwinan ke-7 - "Suami kurang okay, demam panas... oksigen turun naik" ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman buat ujian kendiri setiap hari, bimbang dijangkiti Covid-19 kali kedua Eina bersama keluarga sebelum berlepas ke Tanah Suci. Meninjau di ruangan komen, pengikut mendoakan agar pasangan ini mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan. "Semoga mendapat umrah yang mabrur. Begitu kita pergi, begitu kita kembali nanti. "Semoga dipermudahkan urusan. Doakan saya dan keluarga pun sampai di sana. "Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan suami," tulis netizen. Pada 31 Ogos tahun lalu, pasangan ini disahkan positif Covid-19 semasa hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka. Selain Eina dan suami, dua pembantu rumahnya turut disahkan positif Covid-19. Namun cahaya mata kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6, tidak dijangkiti virus berkenaan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI