JIKA disebut tentang pelakon Iedil Dzhurie Alaudin pasti ramai akan teringatkan lakonan mantapnya dalam beberapa filem aksi seperti J Revolusi, One Two Jaga, The Assistant, Interchange dan sebagainya. Namun sebelum melonjak naik sebagai seorang pelakon berkaliber, Iedil, 38, terlebih dahulu mencipta nama bersama kumpulan Projek Disko Baldi yang memfokuskan kepada persembahan komedi pentas. Disebabkan itu juga, Iedil berkata, dia tidak kekok apabila mendapat tawaran berlakon dalam siri Viu Original iaitu Ijab Kabut yang mengetengahkan genre komedi. "Bagi saya membawa watak komedi bukan perkara mudah kerana nak buat orang ketawa ini sebenarnya susah. Iedil tidak kekok melakonkan watak komedi. "Tetapi Alhamdulillah disebabkan saya pengalaman dalam dunia komedi, jadi tidak sukar untuk menjayakan watak sebagai Mat dalam Ijab Kabut," katanya kepada mStar. Iedil berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama barisan pelakon Ijab Kabut yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Drama arahan Faliq Sharif ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Ezzaty Abdullah, Khatijah Tan, Azwan Kombos, Avaa Vanja dan ramai lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Memang kecoh! Drama Viu Original 'Ijab Kabut' angkat kisah kerja kahwin, pengantin pandemik dapat hadiah majlis resepsi RM350,000 ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berkahwin dengan artis popular Indonesia, Iedil Putra tidak terbeban ulang alik Jakarta - Kuala Lumpur Ia sedang disiarkan menerusi platform penstriman Viu Malaysia pada setiap hari Khamis, pukul 12 tengah hari. Dalam pada itu, Iedil memberitahu namanya kurang sinonim dengan drama komedi mungkin disebabkan dia sering menerima tawaran melakonkan watak lebih serius sebelum ini. Oleh kerana itu, tidak ramai mengetahui kemampuannya melakonkan watak komedi atau menyedari kehadirannya sebagai salah seorang anggota Projek Disko Baldi. "Sebenarnya sejak daripada kecil saya memang suka komedi, tetapi apabila serius berlakon saya memang banyak bawa watak lebih serius berbanding lawak. Iedil bersama dua lagi pelako Ijab Kabut, Azira Shafinaz dan Fadlan Hazim. "Jadi sebab itu lebih ramai kenal saya sebagai pelakon serius dan bukannya komedi," katanya. Sementara itu, bercakap mengenai Projek Disko Baldi yang ditubuhkan sejak 2011, Iedil berkata, kumpulan itu tidak pernah berpecah atau terkubur sebaliknya masing-masing ketika ini sibuk dengan kometimen sendiri dalam bidang seni. Kali terakhir mereka berkumpul kata Iedil adalah sewaktu majlis perkahwinan rakan selebriti Sharifah Amani pada September lalu. Projek Disko Baldi turut dianggotai oleh Redza Minhat, Sherry Alhadad, Ashraf Zain, Megat Sharizal, Sharmaine Othman dan Tuan Faisal Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI