DEMAM Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bertambah panas apabila bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad mendakwa mengundi merupakan perbuatan berjudi. Suhaimi berkata, wang pertaruhan yang dikeluarkan calon bertanding adalah satu bentuk judi dan disebabkan itu dia tidak akan keluar mengundi pada 19 November ini. "Korang mengundi sebab korang rasa itu wajib, esok Allah tanya korang jawablah. "SS (gelaran dirinya) tak fikir macam itu, Aku bumi pun tak sama macam korang. Korang tahu tak, orang yang mengundi ambil calon itu keluarkan wang pertaruhan. Suhaimi tetap dengan pendiriannya. "Judi tahu tak. Tak kiralah parti mana pun. Tanya betul tak ada wang pertaruhan? Kalau kalah hangus duit itu. Judi tak? Judi," katanya. Suhaimi membuat kenyataan tersebut menerusi siaran langsung di laman sosial TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Eizlan, Ahmad Idham antara 5 selebriti bakal rebut jawatan wakil rakyat ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Buloh trending di Twitter, netizen mahu Hans Isaac lawan Khairy Jamaluddin Bagaimanapun video berkenaan telah dipadam namun beberapa netizen sempat membuat tangkap layar sebelum menularkan di media sosial. Dalam pada itu, Suhaimi memberitahu dia tidak akan mengajak orang lain untuk bersama-samanya memandangkan mereka mempunyai gaya pemikiran berbeza. Malah Suhaimi turut meminta netizen untuk tidak menghalang cara dia berfikir tentang sesuatu perkara dan tidak menghalang orang lain untuk keluar mengundi nanti. "Jarang larang aku cakap tak undi. Jangan tak apa-apalah. Cara kau fikir tak sama dengan SS. Watch out! Nak mengundi silakan. Esok jawab sendiri depan Allah," katanya. Perkara itu meraih perhatian ramai yang ada di antaranya bersetuju dengan pandangan Suhaimi. Namun ada juga beranggapan Suhaimi telah jauh menyimpang dalam caranya berfikir sesuatu perkara. "Sesat dia jauh dah dia ni, susah nak betulkan. "Kita undi tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat, bukan pertaruhkan duit," antara komen netizen. Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 (DUN) perlu dibayar oleh calon bertanding kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon bagaimanapun akan hilang wang deposit berkenaan sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI