PELAKON Nabila Huda tidak akan pernah meninggalkan dunia lakonan yang diceburinya sejak 21 tahun lalu kerana ini adalah minatnya. Nabila, 38, berkata, dia tidak akan sesekali berhenti berlakon dan akan terus menyumbangkan bakatnya sehingga ke akhir hayat. "Abil nak cakap terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong saya daripada awal sampai sekarang... yang lihat saya bekerja keras untuk karier saya dan merasai kejujuran saya dalam industri ini tanpa ada niat lain. "Saya hendak anda semua tahu yang saya sangat cintakan profesion saya ini. Saya terlalu sayang kerjaya saya. Sampai saya mati pun saya tidak akan tinggalkan kerjaya saya. Telefilem Jeti lakonan Nabila Huda bersama Fauziah Nawi. "Tak akan saya berhenti menjadi seorang pelakon sampai bila-bila, takkan terjadi, saya akan sentiasa menambah baik lakonan saya sampai akhir hayat, terima kasih," katanya. Nabila berkata demikian menerusi hantaran video di Instagram bagi melahirkan rasa syukur apabila memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) yang berlangsung pada malam Ahad lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya memang tiada kereta, Allah makbulkan doa saya” - Fauziah Nawi Tokoh Seri Angkasa 2022, dikejutkan hadiah MPV Mitsubishi Xpander ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah rangkul anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik di ASA2022... “Tak sangka sebab ramai pesaing hebat!” Dalam pada itu, Nabila meluahkan rasa gembira dan syukur apabila menerima trofi tersebut kerana tidak menyangka meraih kemenangan menerusi telefilem Jeti arahan Janna Nick. Kata Nabila, ia merupakan trofi ASA pertamanya dan bersyukur pelbagai rezeki diterimanya sepanjang bulan lalu. Takkan saya berhenti menjadi seorang pelakon sampai bila-bila, takkan terjadi. NABILA HUDA PELAKON "Saya sangat gembira ini merupakan trofi pertama Anugerah Seri Angkasa saya. Untuk pertama kali juga saya dapat trofi dan duit belanja, rezeki bulan ini tidak dijangka-jangka. "Tiket konsert sold out, dapat pula dinobatkan sebagai pelakon pembantu wanita terbaik drama. Syukur Alhamdulillah," katanya. Nabila bagaimanapun tidak dapat mengambil sendiri trofi bekenaan kerana sedang bercuti di Indonesia ketika ini. Nabila Huda terlalu sayang kerjaya lakonan. Sementara itu, Nabila turut memberi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam pemilihannya sebagai pemenang kategori tersebut. Ini kerana kata anak kepada Datuk Amy Search ini, mendapat pencalonan bersama calon-calon hebat yang sangat dihormati. "Saya memang tak sangka betul, sumpah demi Allah saya tak sangka sebab Abil tercalon dengan mereka yang sangat Abil hormat, sayang... semua senior yang Abil bekerja dengan mereka sejak kecil lagi," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI