suria

“Pontianak pun pakai longgar-longgar” - Anak Azhar Sulaiman dikecam gara-gara seksi sakan sambut Halloween

Netizen dakwa penampila Leona makin menjadi-jadi apabila melanjutkan pelajaran ke luar negara.

RAMAI sedia maklum penampilan anak perempuan pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona cukup sinonim dengan imej seksi yang sering menjadi perhatian dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun sangkaan ramai bahawa personaliti media sosial tersebut sudah meninggalkan imej seksi selepas melanjutkan pelajaran di London, United Kingdom dalam bidang pengurusan jauh meleset.

Penampilan Leona ketika menyambut perayaan Halloween didakwa menjolok mata apabila berkongsi beberapa fesyen pilihannya di laman sosial TikTok.

Malah gadis berkenaan turut bertanya kepada pengikutnya mengenai gaya paling disukai mereka.

Penampilan Leona di perayaan Halloween.

"Mana satu gaya yang awak suka?," tulisnya.

Menerusi hantaran berkenaan, Leona berkongsi tiga foto memperlihatkan dirinya tampil sebagai gadis cowboy lengkap bertopi, berkasut but merah jambu yang dipadankan dengan singlet tanpa lengan rona serupa dan skirt atas paha berwarna krim.en.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Iris Leona bangga berjaya goreng telur, mengaku tonton video tutorial sebelum masuk dapur... Netizen kata ‘bagus belajar berdikari’

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman minta Kasih Iris Leona tak tunjuk teman lelaki di media sosial, elak jadi tumpuan ramai

Dua foto lain pula menyaksikan Leona mengenakan gaun tube merah dengan belahan pada bahagian paha selain gaun kostum berwarna putih yang memperlihatkan dia bergaya sebagai angel.

Video berkenaan sehingga kini meraih 500,000 tontonan dan 18,000 tanda suka di TikTok.

Meskipun berpakaian seksi, rata-rata pengikutnya di laman sosial berkenaan memuji seleksi pakaian Leona untuk parti Halloween.

Antara komen netizen di TikTok Leona.

Pun begitu, ada juga mengkritik gaya tersebut dan mendakwa sikap Leona semakin memburuk sejak melanjutkan pelajaran di luar negara.

"Takutnya tengok pakaian dia, pontianak pun pakai longgar-longgar.

"Mantap Leona tapi sampai bila nak pakai macam tu? Makin menjadi-jadi! Bertambah teruk dia dekat sana, 100 peratus ikut gaya Barat," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain