BERANI tayang tubuh sasa di televisyen, pelakon baharu Hariz Hamdan menjelaskan dia hanya mengikut kehendak pengarah dalam melakonkan babak yang memerlukan menampakkan badan. Kata Hariz, 20, sebagai pendatang baharu dia hanya menerima arahan dan cuba mengikut kemahuan watak selagi ia tidak keterlaluan dan mendatangkan aib kepadanya. "Saya seorang pelakon dan hanya buat perkara itu ikut kemahuan pengarah dan watak. Kalau pengarah minta saya buka baju, saya ikut tapi dengan syarat ia tidak berlebihan. "Saya juga akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu dan bukan sewenang-wenangnya menanggalkan pakaian," katanya kepada mStar. Hariz Hamdan hanya ikut arahan pengarah. Hariz berkata demikian ketika ditemui di DXN Cyberville, Cyberjaya baru-baru ini. Dalam pada itu, Hariz menyangkal dakwaan dirinya sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat tawaran lakonan lebih banyak termasuk menayang tubuh sasanya.r. ARTIKEL BERKAITAN: Belajar dari pengalaman... Hariz Hamdan serik nak dedah umur, terkilan pelakon senior layan macam budak-budak ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terperangkap 18 jam atas jalan raya akibat banjir, Hariz Hamdan sedih keadaan anak kecil dan warga emas Tegasnya, dia bukan seorang pelakon murahan yang hanya mengikut kata sebaliknya berani menolak sebarang permintaan sekiranya apa diminta keterlaluan dan boleh menjatuhkan maruah. "Kita kena jaga maruah, saya juga manusia biasa yang tetap berpegang kepada hak dan had yang patut dibatasi," jelasnya. Sementara itu, mengulas tentang isu rupa dan bakat yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, Hariz memberitahu penampilan adalah satu kelebihan tetapi bakat memainkan peranan penting untuk terus kekal dalam industri. Hariz akui ada had tayang badan. "Bagi saya penting seorang pelakon itu memainkan watak sesuai dengan wajahnya... sebagai pelakon kita perlu melakonkan watak yang diberikan dan rupa hanyalah bonus. "Rupa dan penampilan memberi kelebihan tetapi bagi memastikan seseorang itu dapat kekal relevan adalah bakat dimilikinya," katanya yang turut menyertai kelas lakonan bagi memantapkan persembahannya. Dalam perkembangan lain, Hariz memberitahu dia bakal masuk lokasi penggambaran dua drama berjudul Obses serta Andai Itu Takdir. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI