suria

Pengarah Azizi Chunk makin pulih selepas diserang angin ahmar, Finas ziarah hulur bantuan 

Keadaan kesihatan Azizi kini semakin pulih selepas diserang strok.

SEJAK diserang penyakit angin ahmar pada tahun lalu, pengarah Azizi Chunk kurang aktif dalam bidang seni lantaran masalah kesihatan tersebut.

Ini disebabkan penyakit berkenaan menyebabkan bahagian kiri badanya tidak boleh bergerak yang membataskan aktiviti hariannya sebagai seorang pengarah.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan Azizi semakin stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di ibu negara sebelum ini.

Atas dasar prihatin dan sokongan kerjaan kepada penggiat seni, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil inisiatif menziarahi Azizi di kediamannya di Petaling Jaya pada Selasa.

finas 2

Nasir (kanan) meluangkan masa melawat Azizi.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim bersama beberapa kakitangan perbadanan itu bagi mengetahuip perkembangan terkini Azizi.

Berkongsi keadaan terkini pengarah berkenaan, Md. Nasir berkata, kesihatan Azizi, 48, semakin beransur pulih dan kelihatan ceria ketika kunjungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Saleh terlantar tak mampu urus diri, kaki melecur punca kesihatan semakin merosot

"Syukur melihat keadaan Azizi kini semakin beransur pulih.

"Program sebegini sebenarnya merupakan tanda prihatin dan sokongan pihak Finas kepada penggiat seni kreatif. Ada antara mereka yang sebelum ini pernah ditimpa musibah seperti sakit sebegini," ujarnya.

Sempena lawatan tersebut juga pihak Finas menyerahkan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban Azizi sekeluarga.

Untuk rekod, Azizi sebelum ini pernah mengarahkan beberapa karya seperti Antoo Fighter dan 10 Tips Tipu Bini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain