suria

Aaisyah Dhia Rana dijangkiti Covid-19 pada hari jadi ke-8, Rozita Che Wan janji sambutan meriah selepas sembuh

Anak Che Ta dijangkiti Covid-19 pada ulang tahun kelahiran.

PELAKON Rozita Che Wan memaklumkan anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana disahkan positif Covid-19 pada Selasa.

Kata Rozita atau Che Ta, 49, Aaisyah dijangkiti virus berkenaan pada ulang tahun kelahirannya yang kelapan pada 1 November 2022.

Sebagai ibu, Che Ta turut memberitahu dia tidak sanggup melihat anak kesayangannya itu terbaring lemah kerana sedang menanggung kesakitan akibat wabak tersebut.

Anak Che Ta dijangkiti Covid-19.

"Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana, tetapi kesian sayang mummy kena Covid-19," katanya.

Perkara itu dikongsikan Che Ta menerusi Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Che Ta berazam untuk mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran anaknya secara besar-besaran apabila Aaisyah sudah sembuh nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengorbanan berbaloi! Rozita Che Wan luah rasa syukur, bangga anak sulung pula tamat pengajian

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Ezzra genggam ijazah berkembar, Rozita Che Wan anggap tak sia-sia buat pelaburan pendidikan anak

"Dah sihat nanti kita sambut all out ya sayang. Kita buat dekat Lantera Venue tau," ujarnya.

Pengikut pelakon itu turut mendoakan kesembuhan Aaisyah sekali gus mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.

"Alahai kesian, semoga cepat sembuh baby girl. Happy brithday!

Che Ta janji adakan sambutan ulang tahun besar-besaran untuk Aisyah.

"Pertama kali kena ya? Kesian Aaisyah. Semoga cepat sembuh.

"Happy birthday princess. Semoga cepat sembuh. Princess kuat okay. Mummy dia dapat Covid-19 juga ke?," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain