SELEPAS tersingkir pada minggu ketujuh program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada malam Ahad, penyanyi Tom berhasrat untuk berkunjung ke Johor Bahru bagi menemui anak lelakinya yang terpisah sejak lapan tahun lalu. Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, meskipun rezekinya dalam program itu tidak panjang namun dia bersyukur kerana penyertaannya membuka peluang untuk kembali bertemu dengan anaknya tersebut. "Kalau diikutkan minggu depan kali pertama saya nak tatap kembali wajahnya selepas kali terakhir melihatnya ketika dia berusia enam tahun. Sekarang dia dah 14 tahun dan suaranya pun sudah bertukar. "Sekiranya saya masih ada lagi minggu depan, ingatkan nak peluk dia ketika siaran langsung GV tetapi tiada rezeki untuk dia datang menonton persembahan saya. Tom tersingkir pada minggu ketujuh GV9. "Tidak mengapa, Insya Allah esok atau lusa saya akan ke Johor Bahru untuk mencarinya," katanya kepada mStar. Penyanyi berusia 36 tahun ini berkata demikian selepas tamat pertandingan minggu ketujuh GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam 9MBSA) pada malam Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Gaya persembahan terikut-ikut penyanyi asal, Tom tersingkir minggu ketujuh GV9 ARTIKEL BERKAITAN: Tom nekad tanggalkan ‘dreadlocks’, tampil imej baharu di minggu ketiga GV9 Dalam pada itu, Tom berkata, dia bersyukur anak lelakinya itu mula mengenalinya selepas dia membuat kemunculan ketika memperkenalkan barisan peserta GV9 baru-baru ini. Tom berkata, meskipun tidak dapat mara ke peringkat akhir namun dia berterima kasih kepada program berkenaan kerana menjadi asbab penyatuan semula dia dan anak kesayangannya itu.asnya. Tom teruja bakal bertemu dengan anak sulung. "Sebelum ini saya selalu menghantar mesej kepadanya tetapi tiada balasan... tetapi hari pertama memperkenalkan peserta GV9 saya dapat mesej daripada anak yang mendoakan kejayaan saya. "Perkara itu membuatkan saya cukup terharu dan sangat berterima kasih kepada GV kerana dapat menghubungkan kembali saya dan anak," ujarnya. Tom memaklumkan anak lelakinya itu dibawah jagaan bekas suami selepas mereka bercerai. Tom bersama dua orang anaknya. Mengakui hubungan mereka bermasalah sebelum ini namun Tom memberitahu situasi semakin baik di antara mereka dan sudah saling bermaaf-maafan atas kesilapan lalu. "Anak tinggal bersama bapa dan ibu tirinya memandangkan hak penjagaan diberikan kepada bekas suami tetapi mereka beri kebenaran untuk dia menghubungi saya. "Bekas suami dan isterinya mereka terbuka, dulu mungkin tak. Tetapi sekarang masing-masing sudah berusia, kami saling bermaaf-maafan dan hanya fikir mengenai anak sahaja," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI