KENYATAAN dibuat pelakon veteran Kazar yang menyifatkan kemelut melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan suami Syamsul Yusof melibatkan anaknya Ira Kazar sebagai bukan masalah besar mendapat perhatian aktres berkenaan. Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, turut meminta pengikutnya membincangkan tentang kenyataan dibuat oleh Kazar di media sosial miliknya. "Bukan masalah besar meruntuhkan rumah tangga orang... Bincangkan," tulisnya di Instagram. Kazar mengulas mengenai kontroversi melibatkan anaknya dan Puteri Sarah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpihak kepada Sarah dan menyifatkan kenyataan dibuat aktor itu sebagai tidak wajar. Malah terdapat beberapa selebriti wanita turut menganggap kenyataan tersebut sebagai kelakar. ARTIKEL BERKAITAN: Anggap kontroversi melanda anak bukan masalah besar, Kazar mohon semua pihak berdamai ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Puteri Sarah lega ada perkembangan kes, sahkan Ira Kazar beri keterangan kepada Jawi "Dia ini tak terkena dekat keluarga sendiri. Andai satu hari ada perosak yang meruntuhkan rumah tangga keturunan dia, baru dia tahu. "Bayangkan kalau rumah tangga anak pakcik sendiri. Agak-agak macam mana rasa ya? Rata-rata netizen berpihak kepada Sarah. "Meruntuhkan rumah tangga orang umpama meruntuhkan masjid ya pakcik," tulis netizen. Terdahulu, Kazar ketika mengulas kontroversi melanda anaknya meminta agar semua pihak terlibat berdamai dengan mengatakan apa yang berlaku itu bukan masalah besar. Untuk rekod, Sarah sebelum ini membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI