PENYAMPAI radio Suria FM DJ Lin terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor selepas mengalami sakit pada bahagian perut. Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia terpaksa dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan dan pemantauan doktor sejak Khamis lalu. "Saya rasa sakit sebelah kiri perut. Badan juga terasa lemah sampai beberapa kali nak gelap mata. DJ Lin dikejarkan ke hospital. "Selepas selesai acara di Suria FM semalam, saya terus pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan," katanya ketika dihubungi mStar. Berkongsi perkembangan terkini kesihatannya itu, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM memaklumkan dia perlu melalui beberapa ujian sebelum dapat mengenal pasti punca sakit tersebut. Penyampai segmen Suria Cinta ini juga berkata dia perlu berada di hospital sehingga Ahad ini menunggu keputusan ujian doktor. ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin minta henti spekulasi babit PU Azman, kemunculan Asni Mansor hanya sebagai pendakwah jemputan ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin masuk hospital lagi, alami alahan teruk sehingga sukar bernafas - “Rasa macam saluran pernafasan sempit dan tak selesa” "Masih ada beberapa ujian yang perlu dibuat... mungkin saya akan berada di wad sehingga Ahad nanti," ujarnya. Dalam pada itu, DJ Lin turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat mengenai kesihatannya. Malah, dia bersyukur apabila menerima layanan baik ketika berada di hospital. DJ Lin terharu ramai yang ambil berat. "Saya bersyukur dan terharu kerana ramai yang mengambil berat tentang keadaan saya. "Begitu juga dengan jururawat di hospital ini yang mengaku peminat saya turut memberi jagaan yang rapi," ujarnya. Sebelum itu, menerusi Instagram DJ Lin memuat naik video memaparkan keadaan dirinya sedang terbaring di atas katil hospital. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI