TINDAKAN penyanyi Elyana memuat naik video menari di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan aksinya itu. Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, dilihat menari dengan lincah mengikut rentak lagu trending nyanyian Alyph iaitu Swipe. Bagaimanapun, kelakuan penyanyi itu menerima reaksi negatif netizen apabila ramai mengingatkan kembali ketika dia diuji dengan penyakit sebelum ini. Rata-rata netizen meninggalkan komen sarkastik di ruangan Instagram penyanyi berkenaan. Elyana sekali lagi menarik perhatian netizen. "Kesian aku tengok. Dia ni sakitkan. Sakit setelah hilang penyakit. Allah bagi sakit lain pula. "Alhamdulillah, dah sihat boleh joget sana sini. Baguslah boleh joget-joget sebelum ni tak boleh sebab sakit kan. Sihat dah El ya?," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Diminta pergi 'mati' selepas tanggal tudung... Ini reaksi Elyana! ARTIKEL BERKAITAN: 'Ustaz' dan 'ustazah' media sosial mula 'sekolahkan' Elyana gara-gara tanggal tudung Meskipun ramai yang menghentam, namun masih ada mendoakan yang terbaik buat Elyana dalam meneruskan kehidupannya. "Semoga hidayah untuk kembali bertudung milik Elyana satu ketika nanti. "Saya minat Elyana dari sekolah lagi. Semoga Allah permudahkan semua urusan awak. "Moga terus sihat Elyana. Gembira lihat awak bahagia," tulis peminat. Peminat mendoakan yang terbaik buat penyanyi ini. Hasil tinjauan mStar di laman TikTok, Elyana menutup komen di platform media sosial berkenaan. Terdahulu, Elyana mengundang pelbagai reaksi netizen apabila tidak lagi memakai tudung. Namun, penyanyi ini enggan melatah dan mendoakan agar individu yang memberi kecaman itu dipanjangkan umur dan dijauhkan daripada segala penyakit. Untuk info, penyanyi Tak Tercapai Akalmu ini disahkan bebas dan pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang ditanggung sejak 12 tahun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI