PENAMPILAN terbaharu pelakon Nad Zainal dilihat cantik mengenakan hijab menerima pujian peminat. Menjawab mengenai perkara itu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata dia kini sedang belajar menutup aurat dengan sempurna dan memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik terhadap perubahannya itu. "Saya sebenarnya tidak mahu bercerita tentang penampilan terbaharu ini. Saya minta maaf. "Cuma saya ingin anda semua doakan yang terbaik kerana saya juga masih belajar," katanya kepada mStar. Nad ditemui pada sidang media pelancaran drama Cina Buta yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada Jumaat. Nad ketika ditemui pada sidang media drama Cina Buta. ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal pakai tudung sepanjang penggambaran di Thailand, peminat doa jadi asbab buat perubahan ARTIKEL BERKAITAN: Masya Masyitah kena kecam lagi! Kali ini imej pintal tudung seperti tocang rambut jadi perdebatan netizen Pelakon itu dilihat hadir dengan penampilan manis berhijab, namun enggan mengulas lanjut mengenai perubahan imejnya itu. Meskipun tampil bertudung, Nad menjelaskan dia masih mempunyai baki dua tuntutan kerja yang memerlukannya untuk tidak berhijab. "Saya masih ada dua tugas yang memerlukan saya tidak berhijab kerana telah dipersetujui sebelum ini. Ia merupakan projek drama bersiri dan sebuah filem," katanya. Penampilan terbaharu Nad Zainal. Dalam pada itu, Nad mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk mengenakan hijab. Malah, dia tidak menganggap perubahan imej itu akan menjadi penghalang untuknya meneruskan karier dalam bidang lakonan. "Keinginan untuk berhijab mula timbul sejak dua tahun yang lalu. Bagi saya, tidak ada masalah sekiranya saya berhijab. "Saya percaya kepada rezeki, tambah pula kalau kita lihat ramai sahaja pelakon berhijab yang masih mampu membawakan pelbagai watak contohnya seperti Noorkhiriah," ujarnya. Sebelum ini, Nad berkongsi beberapa keping foto mengenakan hijab sepanjang menjalani penggambaran program travelog di Thailand, baru-baru ini. Rata-rata peminat mendoakan pelakon ini agar kekal istiqamah dengan penampilan baharunya itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI