suria

[V] “Ikut hukum saya bukan lagi isterinya” - Hana Azraa rimas diganggu PU Abu, diekori sampai ke Makkah

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama Pencetus Ummah (PU) Abu dan bekas isteri Hana Azraa menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Ini selepas Hana mendakwa dirinya masih diganggu pendakwah bebas itu yang tidak henti-henti memujuknya untuk kembali berbaik.

Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, Abu sering mengirimkan pesanan mesej menyatakan hasrat berbaik, namun dia memilih untuk tidak melayan permintaan itu.

Hana Azraa rimas diganggu bekas suami.

"Dia memang nak berbaik dengan saya sebenarnya. Tapi dah tak boleh, banyak sangat faktor yang menyebabkan saya sudah tidak boleh kembali kepadanya," katanya ketika dihubungi mStar.

Hana yang kini berada di Kota Suci Makkah memberitahu dia terpanggil untuk mendedahkan hal ini kerana Abu masih lagi menggelarnya sebagai isteri di ruangan komen.

"Saya perlu jelaskan kepada netizen sebab setiap orang komen di Instagram bertanya siapa saya, dia masih memberitahu kepada orang ramai bahawa saya adalah isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu makin bahagia, bakal timang anak ketiga... Tak lupa mohon maaf kepada isteri - "Wanita biasa mungkin angkat kaki dah"

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan PU Abu, nama jadi 'content' ulasan gara-gara pendakwah disiasat kes gangguan seksual - "Jangan ambil kesempatan... buka ruang fitnah"

"Walhal, kalau mengikut hukum saya bukan lagi isterinya. Saya dan dia memang jelas bukan lagi pasangan suami isteri!," ujarnya.

Dalam pada itu, Hana berkata dia kurang selesa apabila ibunya turut diganggu oleh Abu.

"Biasalah orang tua, dia mula bimbang apabila situasi ini berlaku kepada saya.

Saya hanya minta dia biarkan saya hidup bahagia dengan kehidupan saya.

HANA AZRAA

BEKAS ISTERI PU ABU

"Malah, Abu turut menghantar screenshoot gambar saya bersama majikan. Itu adalah hak peribadi saya, dia tidak perlu masuk campur," katanya.

Meskipun menerima gangguan sedemikian, Hana berkata dia tidak berniat untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana ingin menyelesaikannya dengan cara baik.

"Ramai yang meminta saya untuk membuat laporan namun saya tidak mahu menutup periuk nasinya.

Hana Azraa anggap PU Abu sebagai lelaki yang baik.

"Dia masih mempunyai keluarga dan tanggungan. Saya tidak mahu menganggu kerjayanya. Jadi lebih baik kami selesaikan dengan cara baik.

"Saya cukup mengenalinya. Dia seorang lelaki yang baik. Saya hanya minta dia biarkan saya hidup bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Kami masih boleh lagi berkawan seperti saya berkawan dengan bekas suami pertama," katanya.

Terdahulu, Hana memuat naik hantaran di Instastory mendedahkan dia dan keluarga masih diganggu oleh Abu.

Hana tak teragak nak dedah kisah sebenar.

Justeru itu, Hanna berkata dia tidak teragak-agak untuk menceritakan hal sebenar jika pendakwah bebas itu masih mengganggu sekeluarga.

Untuk rekod, Abu dan Hana berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020.

Pada April 2019, nama Abu menjadi bualan netizen kerana berkahwin dengan Hana ketika isteri pertamanya iaitu Ain Afini sedang sarat hamil.

23522

Hana akui PU Abu cuba berbaik dengannya.

Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua dan kemudiannya rujuk semula.

Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan dua cahaya mata dan kini isterinya itu sedang hamil anak ketiga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain