suria

Dikecam kongsi foto ‘lain macam’ di IG… Michael Ang sengaja uji netizen, minta selidik sebelum buat andaian sendiri

Aksi tak senonoh Michael Ang dikecam netizen.

GARA-GARA berkongsi sekeping foto yang dianggap 'aksi keterlaluan' dua lelaki, pengarah terkenal Michael Ang menerima kecaman netizen.

Tampil menjelaskan tujuan perkongsiannya itu, Michael berkata apa yang dilakukan itu merupakan satu tinjauan sosial terhadap orang ramai supaya tidak membuat andaian melulu terhadap sesuatu isu tanpa mengetahui hal yang sebenar.

"Saya buat tinjauan sosial agar rakyat buka mata dan ia berjaya. Memang saya sengaja nak bagi kesedaran kepada rakyat jangan buat andaian sendiri sebelum dengar cerita sebenarnya kerana itu jatuh fitnah.

Perkongsian Michael Ang dikecem netizen.

"Sama juga dengan pilihan raya kali ini jangan hanya dengar dari media sosial.

"Rakyat kena pandai buat selidik sendiri jangan hanya harapkan media sosial. Itu sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.

Pengarah berusia 46 tahun ini berkata netizen gemar membuat andaian sendiri tanpa menyelidik terlebih dahulu maksud sebenar di sebalik sesuatu isu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai jodohkan dengan Michael Ang, Vida takut ‘periuk terbang’... Reda hidup menjanda sebab susah cari calon suami

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi mesra Emma Maembong dan Shah Jaszle siap bertepuk punggung undang kecaman... Michael Ang tak tahu video dah tular!

"Itu perkara biasa, netizen selalu buat andaian tanpa mengetahui kisah sebenar. Mereka terlalu fikir mereka ahli syurga, tak tahu apa-apa tapi nak suka kondem sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Michael yang kini sedang menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Apa Dosaku memberitahu bahawa idea memuat naik foto berkenaan timbul secara tidak sengaja.

"Saya tengah shooting scene itu, tiba-tiba dapat idea. Saya sengaja post gambar itu biar nampak lain macam sedangkan babak itu orang tengah cucuk pisau," katanya.

Michael akui idea datang tiba-tiba ketika penggambaran.

Sebelum ini, rata-rata netizen menyelar tindakan Michael memuat naik foto berkenaan kerana dikatakan tidak menjaga nama baik agama Islam dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

"Tak payah nak over, jangan nak mengajar buat perkara keji. Sejenis provokasi, nanti dah jadi isu jangan nak bising.

296435244_745322586718474_7934378682829226316_n

Michael Ang tak kisah dikecam netizen.

"Harap pihak terbitan haramkan drama berunsur lucah ini.

"Suka orang Islam buat macam ini, tarik perhatian dnegan kelakuan tak senonoh. Sengaja nak dipandang serong," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain