NAMA usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menyentuh payudara seorang wanita. Insiden itu tercetus apabila usahawan berkenaan sedang bergambar bersama peminat ketika berada di program Stylofest yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah. Dalam video yang dimuat naik di Instagram miliknya memperlihatkan usahawan berkenaan dikerumuni peminat sambil membuat isyarat tangan. Bagaimanapun seorang wanita yang berada di hadapannya tiba-tiba memusingkan badan dan tangan Aliff dilihat seolah-olah menyentuh payudaranya. Aliff memuat naik video berkenaan di Instagram. Kejadian tidak disengajakan itu membuatkan netizen melemparkan pelbagai tuduhan tidak enak kepadanya selain mengingatkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sedang hamil. "Tersentuh apa itu Datuk? Jangan pegang! Datuk jangan miang, ingat Datin tengah hamil! ARTIKEL BERKAITAN: “Tengah sibuk buat live tiba-tiba menjerit sakit” - Aliff Syukri cemas isteri hamil 4 bulan alami pendarahan ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri minta dibicarakan, mengaku tak bersalah muat naik video sumbang di Instagram "Mata tersilap ke? Ada sentuhan ke tu?," antara komen netizen. Pun begitu, masih ramai mempertahankan usahawan berkenaan yang menjelaskan tiada sentuhan berlaku di antara mereka. Malah ramai meminta agar tonton video tersebut dengan lebih teliti sebelum membuat andaian tidak benar. Aliff Syukri bersama isterinya. "Sekali pandang memang nampak lain macam, dua kali pandang tak kena pun. "Cuba tengok betul-betul, tak sentuh pun. Korang jangan tuduh bukan-bukan. "Datuk pun takut, dia cepat-cepat mengelak," komen netizen lain pula. Bagaimanapun, Aliff tidak menjelaskan tentang situasi sebenar insiden berkenaan di media sosial miliknya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI